e-cerpen: hati


watak didalam cerpen ini tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia,




“ Eh, kau suka dia ke?.”

Sambil tersenyum dia menjawab. “ Tak.” Jawapan yang ringkas dan padat.

“ Eh, kau suka dekat Amir ke?.”

Sambil tersenyum aku menjawab. “ Tak.” Jawapan yang ringkas dan padat.

“Baguslah, sebab kau tak layak pun dengan dia. So stay away from him.”

“Ok.” Sekali lagi aku memberi jawapan yang tersangat ringkas. Actually dia malas nak jawab sebenarnya. “So, no question anymore right, excuse me you block my way.”..  aku berlalu pergi.

Entah kenapa aku terpaksa menipu dan terus menipu perasaan yang terbuku didalam hati aku. “ Hati kesian kat kau kan. Selalu sangat sakit kan? Bilalah kau nak terubat. Aku sendiri pun dah tah tahan dah ni.” Sedih itu lah perasaan aku.

Petang itu, duduk sendirian di sebuah kerusi batu sambil berfikir “ kenapalah susah sangat aku nak kawal perasaan aku ni. Mulai hari ni aku kena lupakan perasaan aku kat dia. Lagipun, aku kan dah janji tak mau couple time study. So, aku kena pegang janji aku.”

“ Hoi! Kau buat apa sorang-sorang dekat situ eh. Tak ajak orang pun.” Seorang budak lelaki a.k.a kawan segila dengan dia datang menghampiri dia. “ kau ni tak boleh ke bagi salam dulu. Sakit jantung aku tau!..”

“ok. Sorry. Assalamualaikum and hai!!! Kau tengah buat ape?

“ Tengah makan. Kau tak nampak ke makanan dekat depan kau ni. Kalau tak nampak tu maknanya pendek umur la tu.”

“ Hah aku nampak kau tengah makan nasi goreng kan? Eh sedap lah. Haha…

Gelak ketawa itu lah yang mengubat hati aku..

Itulah dinamakan kawan yang segila dengan aku. Lalu dia pun melupakan hasrat dia sebentar tadi.

*Dalam kelas..

Sekali lagi dia diberi warning untuk tidak mendekati Amir. “ Whatever”. Jawapan yang ringkas… sekali lagi. Haha..

Bila ternampak Amir bergelak ketawa dengan kawan perempuannya yang lain hatiku agak cemburu namun apa hak dia untuk menghalang Amir sedangkan mereka tiada sebarang hubungan selain daripada seorang kawan.

Setiap petang, aku pasti akan stay sampailah pukul 6, menunggu Amir untuk study bersama-sama. Dan begitulah setiap petang, hinggalah suatu hari..

 “ Boleh tak aku nak tanya kau satu soalan?. Amir bertanya.

“ hurm, apa dia?? Dengan muka yang garang aku menjawab. Sebenarnya aku ni nampak je garang tapi sensitif ok..

“ kenapa kau tak nak couple eh?”

“ kau rasa perlu ke aku jawab soalan tu??” aku membalas.

“ perlulah”

“ sebab tak dak faedah pun aku couple, lagipun aku ni bukan cantik pun. Sapalah yang nak dekat aku kan.” Aku emnjawab.

“ Siapa kata tiada orang nak dekat kau. Ade k..”

“ kalau macam tu kau bagitau aku siapa dia???”

“ mana boleh bagitau. Orang tu suruh aku rahsiakan la…” Amir berdalih.

Kenapa hati aku berharap sangat yang jawapannya ialah dialah orang tu. Hati…. Hati… berhentilah berharap k..

“ Habis tu kalau kau tak nak couple macam mana kau nak kahwin nanti??”

“perlukah, setiap perkahwinan itu gterhasil kerana cinta?? Bagi aku bila dah sampai jodoh aku yang itulah cinta aku iaitu suami aku. Ceh.. ayat tak boleh belah gila.”

“ ok. InsyAllah suatu hari nanti aku doakan kau jumpa jodoh kau ok. Eh aku nak kena balik dah. Bye..”

Bye Amir, aku minta maaf sangat sebab aku tak bagitahu kau yang aku dah tak dak dekat sekolah ni dah esok. Itulah lambaian terakhir aku untuk Amir selepas aku berpindah kesekolah lain.

*10 tahun berlalu..

Sekarang aku dah berjaya mencapai cita-cita aku sebagai seorang Pakar bedah yang berjaya. Sebenarnya nak jadi doktor biasa je, tapi akhirnya aku tersesat kat hospital ni sebagai pakar bedah. Nasib terlebih baik la kata kan..

Ketika aku sedang sibuk memeriksa dokumen pesakit dekat bilik aku..

“tuk, tuk, tuk. Doktor boleh saya masuk” kedengaran suara lelaki diluar sana.

“ ye masuk.” Aku mengarahkan orang itu masuk tanpa menoleh sekali pun kerana mataku hanya tertumpu kepadahealaian kertas di atas meja.

“ doktor saya sakit doktor. Boleh tak periksa saya.”

“ Maaf ye encik ada buat appiontment tak?” aku tidak langsung memandang wajah lelaki tersebut.
“ tapi doktor saya sakit sangat ni.”

“ Sakit tu teruk sangat ke sampai kena bedah ke??” soalku.

“ ye la, sakit kat dalam ni. Sakit hati dan doktor kena bedah saya..”

Automatik kepalaku terdongak dan aku terkejut melihat lelaki yang berhadapan denganku sekarang ini ialah Amir.

“ Amir?. Ma.ma. macam mana kau tahu aku kerja dekat sini.” Tergagap la pula.

“ yang tu je kau nak tanya. Aku ingat kau nak minta maaf ke ape ke. Ni tak” dia memarahiku.

“ Ok aku minta maaf sebab tak bagitahu kau. Minta maaf k.”

“  maaf kau tak diterima. Kalau kau nak bagi aku maafkan kau, ada satu syarat kau kena ikut.”

“ apa dia?”

“ kahwin dengan aku. Sebab aku suka dekat kau.”

“ tak nak la.. gila.”

“ kalau kau tak nak kahwin dengan aku kau kena bagitahu sebab kau pindah sekolah. Kalau tak kau kena kahwin dengan aku. haha”

“ kau ni gila ke? Aku tak mau bagitahu kat kau. Rahsia.”

“ kalau macam tu terpaksa la kau kahwin dengan aku.”

Aku tersenyum. Rupa-rupanya Amir pun ada perasaan yang sama macam aku la. Haha..

“ senyum tu tanda setuju tu. So bila tarikh aku nak pi meminang kau.”

“ kau ni memang gila dari dulu lagi kan..”

Haha..

Gelak-ketawa itulah yang mengukir kebahagiaan dalam hidup aku dan Amir..

moral value : kejarlah cita-cita anda sebelum anda mengejar cinta anda. 

No comments :

Post a Comment

please be nice here and I will be nice to you..