Jangan Sebarkan Surat Berantai...


Assalamualaikum..

Hah, sapa pernah dengar istilah surat berantai??? Surat berantai ni kerap disebarkan di media sosial dan yang paling banyak admin tengok adalah dekat fb.. betul tak??? kekadang marah juga dekat sesiapa yang sebarkan surat berantai ni...



gambar hiasan. Jangan percaya k..

CONTOH SURAT BERANTAI YANG ADMIN PERNAH JUMPA:

SURAT DARI ARAB SAUDI


(WASIAT UNTUK UMAT ISLAM SELURUH DUNIA)
           
           
Assalamualaikum.       
           
Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Sheikh Ahmad  (Saudi Arabia)
           
Pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah S.A.W. selepas membaca lalu hamba tertidur dalam tidur hamba bermimpi di datangi Rasulullah S.A.W. lalu bersabda kepada hamba dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.
           
a) Isteri tidak mendengar suami     
b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa kepada orang miskin
c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan. 
           
           
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyebarkan kepada orang Islam yakni supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di masa bintang terbit dari langit.  Sesudah itu pintu matahari akan turun di atas kepala.
           
Pesanan Hamba ini       
           
a) BERSELAWATLAH kepada junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W.
b) BERTAUBATLAH Dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
c) BERSEMBAHYANGLAH Kamu sebelum kamu disembahyangkan
d) BERZAKATLAH Jangan tinggalkan   
e) JANGAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA Hormatilah mereka.
f) MENUNAIKAN FARDU HAJI Bila berkemampuan. 
           
           
UNTUK MAKLUMAT       
           
1) Seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain.  Dia kemudiannya dianugerahi oleh Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.  Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengindahkannya dan menganggap wasiat ini palsu.  Maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
2) Tan Sri Ghazali Jawi, Bekas Menteri Besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak sebanyak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau tidak menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan terus mengirimkannya kepada orang lain dan selang beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi Menteri Kabinet Perdana Menteri.
           
           
           
           
3. Pada tahun 1977 Tun Dato' Mustafa bekas Ketua Menteri Sabah menerima surat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantar kepada orang lain maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah pertama dari loteri Kebajikan Masyarakat Timur.
           
4. Zulfikar Ali Bhuto telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya dan menganggap palsu lalu dibuangkan kedalam tong sampah.  Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.

5. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak.  Lalu beliau membuat cetakan sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut.  Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis yang berakhlak mulia sepertimana yang dituntut oleh Islam.  Baginya  anugerah Allah ini paling agung dan tidak ada bandingnya.

6. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini dari orang yang tidak dikenali lalu beliau tidak mengindahkannya.  Beliau mengatakan yang ianya bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya.  Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit yang ganjil dan penderitaannya amat menyedihkan.  Setelah 3 minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya masih disimpannya lalu menyuruh sepupunya mencetak 20 salinan dan diedarkan kepada orang lain.  Seminggu kemudian barulah beliau sembuh sehingga sekarang.

  Banyak lagi contoh-contoh orang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikannya kepada orang lain di mana mereka mendapat malapetaka.  Setelah  kejadian yang menggembirakan dan menakutkan ini, anda jangan lupa mencetak 20 salinan wasiat ini dan disebarkan kepada orang lain dalam masa 90 jam dari masa anda menerima wasiat ini anda akan memperolehi sesuatu dari ALLAH YANG MAHA ESA.

Pernah lihat sebelum ni??

Dah baca?? Apa respon korang??? Bagi admin sesiapa yang sebarkan surat ni memang tak tahu hukum hakam sebarkan benda ni.. boleh jadi syirik tau tak sebab percaya surat ni boleh bagi rezeki kat korang.. Actually bukan surat ni tapi Allah S.W.T yang memberikan rezeki serta menentukan hidup dan mati kita..

Ingat tu.. Admin selalu tegur orang yang hantar surat ni kat fb.. so, korang pun kalau terjumpa sesiapa yang sebarkan benda yang karut ni silalah tegur diorang k..

kalau nak tahu lebih lanjut boleh kunjungi blog IMAM MUDA ASYRAF ye.. ada kupasan tentang isu ni kat blog tu..


jom join GA first admin, klik banner kat bawah..







No comments :

Post a Comment

please be nice here and I will be nice to you..