Say No To Valentine !


Assalamualaikum..

Seperti yang semua tahu yang esok adalah 14 February 2014 dan dalam otak semua orang pasti terfikir pasal Valentine..

Bagi umat Islam haram sama sekali untuk menyambut hari tersebut kerana...

jom baca cerita di bawah ini..

Dengar saja 14 February, pasti kita semua tahu apa yang ada disebalik tarikh tersebut. sejarah 14 February bermula apabila...


Valentine sebenarnya adalah seorang martyr yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

(dipetik daripada laman web ini.-  http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/valentineday.htm)

dah baca??

sebenarnya banyak pendapat tentang sejarah valentine ni..

Walaupun ramai yang sudah mengetahui kisah disebalik hari vekntine ini namun masih ramai juga yang masih menyambutnya. Adakah masyarakat kita sudah tidak dapat membezakan baik ataupun  salah??

Apabila anda melihat berita pada hari ini, ramai remaja yang ditangkap berkhalwat, berdua-duaan, melakukan perlakuan sumbang.. adakah mereka tidak takut akan dosa yang ditangggung mereka??




Ramai yang beranggapan bahawa hari Valentine adalah hari untuk menghargai kasih sayang pasangan mereka. Rasanya tidak perlu diraikan pada hari tersebut.. Jika anda ingin menghargai kasih sayang seseorang, hargailah kasih sayang ibu bapa anda.. kerana merekalah yang bersusah payah membesarkan kita bukanlah Girlfriend atau Boyfriend anda..



Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

Renung-renungkanlah... Sesungguhnya kita masih berpegang kepada agama kita.. ISLAM itu indah..





1 comment :

please be nice here and I will be nice to you..