pesawat MH370 hilang.. tolong jangan sebarkan sebarang spekulasi..


Assalamualaikum..

Seperti yang semua rakyat Malaysia tahu, pesawat MH 370 yang membawa penumpang dari 14 buah negara didapati hilang pada 2.41 pagi tadi..

so, sebarang spekulasi tentang pesawat tu terhempas atau lain-lain lagi tolong jangan percaya selagi tiada khabar berita yang sah...

sakit hati bila ada yang mepersalahkan pihak kerajaan atas tindakan lambat..



korang tolonglah faham.. bukan tak nak bagitau awal2 dekat orang ramai tapi sebenarnya keluarga penumpang pesawat yang dimaklumkan terlebih dahulu sebelum berita disebarkan kepada orang awam..

Bukannya pihak media cuba menyorokkan berita tersebut..

cuba lah faham...

Jadi, korang yang duduk dirumah tu banyak2 lah berdoa untuk keselamatan penumpang2 pesawat tersebut.. jangan selalu menunding jari terhadap orang lain tanpa bukti yang kukuh...


sekian..

Takziah kepada keluarga penumpang pesawat tersebut yang masih hilang..

No comments :

Post a Comment

please be nice here and I will be nice to you..