Gathering with deltarians...


Assalamualaikum...

Post kali ni bergambar.. so enjoy the show.. haha..

Tarikh : 27 April 2014
Tempat : Rumah Liana
Masa : 3 petang hingga 6 petang

Tak ramai yang dapat mai.. ada yang kena PLKN.. ada yg pi UPNM... hebat tak yang pi UPNM tu kawan Miss yang perempuan...



Tukang kipas ayam BBQ.. haha.. Kami perempuan makan je..


Pedon kena marah ngan Liana.. ok tak pun actually.. Pedon saja tutup muka.. tapi nampak macam dia kna marah ngan Liana.. ni Pedon nak pi cabut daun serai.. last-last tak jadi.. haha..


Kanak-kanak ribena berebut mempelam..


Tadaaaa.. cicah buah pelam.. omoo.. sedap gila.. dh lama mengidam nak makan pelam...


Me yang duduk tengah tu.. hehe..





I look very small in this picture.. haha.. actually I am shorter than them.. 

Gonna miss this moment... lepas ni dh x boleh nak gather ramai-ramai dah... nak buat gathering ni pun ambik masa juga nak plan.. Really great to have them as my friends... for almost 2 years we stay in a same class.. many attitudes, many words, many things I learned from them.. they are the best one of all...


SUNSET... hehe.. gambar sekadar penyejuk mata.. Tangkap gambar ni waktu dalam kereta nak balik rumah...









edit blog??


Assalamualaikum...

Hurm,, sejak 2, 3 hari ni ramai yang mintak Miss tolong edit blog.. seronok actually bila dapat tolong edit blog even Miss tak seberapa expert sangat sebenarnya..

Kalau nak suruh edit blogskin. Memang Miss boleh buat dari header smpai footer.Kalau simple template Miss tak berapa berani nak buat. Sikit-sikit tu boleh la.. tanpa sebarang bayaran dikenakan..

tutorial dan freebies yang banyak Miss guna dari blog :


Ini lah sebab nya kenapa Miss guna blogskin. hehe.. malas nak edit simple template. Kalau blog Miss1826 versi simple template. Memang simple sangat. Boleh tengok gambar di bawah..


*simple sangat... haha..

So, tadi edit satu blog dakwah yang baru dibuat oleh seorang hamba Allah.. 


Sebuah blog yang bakal dipenuhi dengan ilmu yang bermanfaat untuk kita. Rasa bersyukur sangat sebab masih ada ramai lagi insan yang sudi berdakwah. Kekadang kita sebagai insan yang lemah yang masih penuh dengan dosa, masih banyak yang perlu kita perbaiki diri kita..

Jadi boleh la follow blog di bwah ini.. semoga hari kita dipenuhi dengan ilmu yang bermanfaat.. amiin..







Dapat matrik kat KELANTAN ???


Assalamualaikum...

hah... bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, cari laptop... haha

Nak buat apa??? tanya lagi.. check keputusan Matrik le..

nak check kat mana??? sila tekan link di bawah..


So,, Miss semak then dapat dekat Kelantan..



Hah.. ambik kau.. kena campak jauh-jauh.. haha.. dari Penang nak ke Kelantan..

Hoho.. ace ne... nak buat macam mana... 

dalam dilema sama ada nak terima atau tolak sebab Miss nak tunggu UPU dulu.. target nak ke asasi.. tapi kalau tak dapat baru nak pergi Matrik...

huhu.. tapi jauh sangat Matrik nye.. dekat Kelantan tu... 

But people said.. jauh perjalanan luas pengalaman right???

Matrik kelantan ni dah la baru buka.. so, kami yang dapat ni kiranya first batch la.. hoho.. omoo.. nervous tahap mega..

p/s : kepada u all diluar sana.. UPU boleh semak 4/5 ni tau.. so, Miss ambil keputusan nak tunggu UPU baru confirm nak terima atau tolak matrik.. boleh kan???

1#Simple Giveaway By Iola Caviar

Bermula : 5 April 2014
Berakhir : 6 Mei 2014
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum dan hi ^^
Kali ini, Iola Caviar akan mengadakan giveaway yang simple sahaja.
simple for me dan simple for bloggers too !
Jemput join ! 
Senarai Hadiah Top referral (1x) Bloglist Mind Meld untuk dua bulan dan 1 Hadiah Misteri dari Buttons & Cuteness Hadiah Cabutan Bertuah Utama (1x) **akan bertambah sekiranya penyertaan ramai 1 set Brooch Abby Plain ( 3 biji ) dari Buttons & Cuteness dan bloglist Mind Meld untuk sebulan Hadiah Cabutan Bertuah Saguhati ( 3x ) Bloglist Mind Meld untuk sebulan

Syarat penyertaan :
1. Follow blog Iola .
2. Like
3. Follow Insta (kalau tiada, tak mengapa)
  Instagram
 4. Dan last, but not least ! Klik icons dibawah dan tunggu sehingga habis loading. Jujur ya :)
      
Mudah sahaja ! Nak Join? Klik Banner diatas okay :)**Giveaway terpaksa dibatalkan sekiranya penyertaan kurang daripada 30.** Jadi promot-promot ya :)



Menang awesome GA by kak kiera !!!


Assalamualaikum..

credit to : 

Alhamdulillah... menang kategori entry menarik untuk GA kak kiera kali ni..

done PM kak kiera dah.. hari ahad haritu lepas balik dari interview asasi UM dekat Alor Star terus buka blog kak kiera guna tab... malas nak buka laptop..

tengok-tengok menang la.. Alhamdulillah sangat-sangat.

Masa kak kiera buat segment bloglist pun Miss ada menang juga sebagai top 10 peserta bertuah.. 


credit to:

even hadiah masih belum sampai but still Miss akan tunggu dengan bersabar.. Miss faham.. jangan risau ye kak kiera..

So, hadiah kali ni hadiah misteri dari Queenara Accesories... huhu.. hadiah ape la agaknye ye..

P/s : keputusan Matrik boleh disemak pada 24 atau 25 April ni... and UPU pada 4/5 ni.. so be alert ye...


Entry fresh dari ladang:



Friend is EVERYTHING


Assalamualaikum...


*omoo.. I love Patrick star... T_T

Friend?? Right. if someone ask you what is friend??

What answer that you should give?

for me, the answer is friend is EVERYTHING...

why?? because without them, I think I can't survive by my ownself..

Right? I think if you go with your own path.. being independent without anyone else.. I think you also need a person to share your best moment with them. It is called FRIEND.




So, what do you think? that's why I said.. friend is everything...



Giveaway Kemetot Chomel : Free FULL PACKAGE edit blog




jom join.. lagi 2 hari ja nak tamat.. hehe..

psst.. the reason why I join this GA :  haha... Miss bab nak edit blogskin boleh la lagi.. kalau simple template or denim ka.. memang lupa habis dah.. tambah-tambah code untuk simple template sekarang dah jadi lain.. dulu senang sikit nak edit.. tapi sekarang kalau tengok tuto pun masih blurrr.. haha.. so, kalau ada rezeki untuk menang hope kak Una boleh tolong edit kan blog ni jadi simple template balik.. hoho..




Pengalaman Interview UM


Assalamualaikum...

Kelmarin (20/4/14) Miss kena interview untuk asasi sains UM...

Balik ja rumah terus semua orang tanya : Nadia! macam mana interview tu??

hah.. ni Miss nak cita kat sini... 

Nak di jadikan cerita. Interview tu buat kat Alor Star. Miss dok Penang. So, lepas Subuh terus keluar rumah.

So, drive with my father for almost 1 hour and 30 minit.. Finally we reach there.

Masuk dalam hotel tu.. memang tengok ramai gila yang dah sampai..

Miss pergi daftar then cari tenpat duduk dekat dalam dewan tu.. duduk sorang-sorang sebab tak jumpa kawan satu sekolah.. huhu. Then I meet with someone yang datang dari Alor Star.. Dapat 10 A tu.. memang Miss rasa kecil gile dok kat situ sebab semua orang result gempak-gempak..

Then, tunggu nama kami dipanggil. satu group 5 orang. Interview ni diorang buat dalam group sebab nak jimat masa.. Ramai kot yang hadir. Kalau sorang-sorang mau sampai malam kena tunggu.

Tunggu agak lama juga la sebab pelajar asasi pengajian Islam habis dulu..
Then nama Miss kena panggil. Memang nervous la kan..

so, kami 5 orang yang di panggil pergi ke ruang menunggu. Sementara menunggu group yang sebelum ni habis interview. Buat sesi kenal-kenal ngan diorang.. Semua peramah.. 

Then kami kena panggil untuk masuk bilik temuduga.. Panel ada 3 orang. Satu lelaki dan 2 orang perempuan.. semua peramah..

Kami kena introduce diri masing, just tell them our name and school that we had finished our study.. Yang tu ja.. 

Kami diberikan 1 soalan pasal satu situasi. Soalan tu lebih kurang macam ni :-

Your plane stranded on Mount Sahara. Give your opinion, would you go to the nearest camp or sit at the plane and select the five items listed. Then state your reasons.

Hah.. Miss pakat cakap BI berterabur habis.. memang tak tau la panel tu faham ke x apa yang Miss cakap.. kelemahan Miss kalau nak cakap BI spontaneously memang akan berterabur habis grammar tu.. haha..

but the main reason pihak UM buat interview ni sebab nak tengok sama ada kami boleh berinteraksi satu sama lain atau tidak.. diorang tak tengok pun kita speaking fluent atau tidak.. yang penting kena rajin bertanya dan banyak berkomunikasi.. 

ada sorang tu dalam group miss memang speaking fluent gila.. memang mantap habis ar.. ternganga Miss tengok dia speaking.. haha..

Then, panel tu tanya kami kalau kami dapat masuk UM macam mana kami nak manage time dekat sana. So, jawab in BI... semua pakat bagi jawapan sama... buat timetable... hehe.. dah tu ja yang kami tau..

Lastly, seorang panel tu tanya sama ada kami ada soalan nak tanya.. Miss just tanya dekat UM ada kokurikulum tak? Then one of the panel jawab ada.. diorang akan organize then kami semua wajib join.. hoho.. ok..

then nak kluar dari bilik tu salam 2 panel perempuan.. serius semua peramah.. seronok dok dalam bilik interview tu even agak nervous jugak.. bukan pa.. kalau cakap dalam BM boleh la lagi.. ni speaking.. memang hancur le.. hehe..

p/s : 4/5 ni keputusan UPU keluar.. doakan Miss dapat jadi salah satu pelajar PASUM.. teringin sangat nak belajar dekat UM.. hope ada rezeki...




dapat interview untuk asasi UM


Assalamualaikum..

wah.. sapa tak kenal kan.. Universiti ulung di Malaysia.. Universiti Malaya..

Miss memang teringin sangat nak sambung study dekat Universiti ni tau..

So, waktu buat pilihan UPU Miss letak UM sebagai pilihan pertama..

and guess what.. hari selasa 15/4 minggu ni la kan.. Miss check dekat laman web ni..


Alhamdulillah.. akhirnya Miss berjaya ke interview tu..


tengok2 tarikh hari ahad ni la.. Ya Allah.. kecut perut semua ada.. dah la ni first time Miss kena interview..
well... mana pernah minta kerja ka pa sebelum ni.. memang langsung x dak experience psal interview..

automatik lepas tu tanya Mr. google psal interview UM ni.. so, tak la susah sangat sebab dalam group katanya.. tapi still I need to speak in english.. woah.. ni yang lemah ni.. Oral BI kat skolah pun hampeh.. 

tapi ni hanya interview.. tak menjaminkan Miss dapat ke tak masuk UM.. but I really want to study at there.. even some people tell me that study at UM was very challenging..


p/s: doakan Miss dapat buat interview tu ye.. nervous sangat-sangat ni.. makan pun tak lalu sekarang ni.. huhu..  nnti Miss update psal pengalaman interview tu kat blog ye..


Segment I'mma Ads Walker

Assalammualaikum.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Mellya lancarkan 
Segmen I'mma Ads Walker.
 (Big Clap for myself ^^) 


CLICK BANNER TO JOIN

Top Referral : Mystery Gift, 2x Blog Review, 1x Naturgo Mask 
Peserta Pertama dan Terakhir : Mystery Gift
Saguhati: 1x Topup RM5, 1x Bookmark,, 1x Barangan Blog (Boleh request), 
2x Header, 4x Blog Review, Bloglist 5 bulan (semua peserta)

Hadiah akan bertambah kalau sambutan hangat.

Screenshot iklan :




link iklan (boleh klik smiley comel tu):

      



GIVEAWAY 2ND YEAR WED. ANNIVERSARY MYLUV & ME


Assalamualaikum..

haha.. tarikh tamat esok hari ni baru nak join...

well... baru ada masa nak join GA ni..

By the way, kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang GA ni boleh klik banner di bawah..


Hope akak dan suami tercinta bahagia selalu... semoga dimurahkan rezeki..

My Details:

 FB:  Dia Nadia
TWITTER: @miss1826
INSTA: Miss1826

Done Follow semua syarat.. 

Follow Blog  √
Follow Insta √
Add FB √
Like Fanpage √


easy segment by shahida rahim


Assalamualaikum.. 

tetibe je rajin nak join GA ni..

Haritu tengok dah lama dah kak Shahida publish entry segment ni.. tapi x de masa nak join.. so, hari ni ingat nak join la.. nak memeriahkan lagi srgment Kak Shahida ni..


Nak join??? klik banner comel kat bawah tu then ikut syarat2 yang ditetapkan.. ok?


Details:

Insta: Miss1826
twitter: @Miss1826



disappointed


Assalamualaikum..

lama tak update blog.. hah... Miss hilang??

haha.. tak la.. tak de sapa pun nak culik Miss.. bukannya orang kaya pun... nak kata cantik.. lagi lah tidak.. 

Hope dijauhkan dari manusia-manusia yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas diri kita.. Aamiin...
Miss pun sibuk juga dengan pengurusan UPU.. now dah tamat permohonan.. tunggu keputusan je sekarang ni..

Recently.. Miss sibuk dengan Simple Segment di page Miss... banyak betul na orang join..

nak tahu dengan lebih lanjut???  rajin-rajin la like page Miss.. senang sikit nak up-to-date dekat page tu..

klik sini untuk ke page Miss di FB
MISS 1826's BLOG

sebenarnya a little bit kecewa sikit dengan sikap para peserta yang join.. of course diorang follow syarat yg ditetapkan.. tapi ada juga yang tak follow.. Miss dapat trace k...

tapi.. ada yang terlebih emosi bila tak menang.. putus asa sebab tak menang... Miss sedih sngat bila ada yg kata miss tak adil dan pilih kasih.. La tahzan... don't be sad.. 

Miss lakukan pemilihan pemenang menggunakan cabutan bertuah ja...

tulis nama atas kertas.. then cabut undi.. nama sapa yang atas kertas tu pemenangnya..

Miss nak nasihatkan disini... kalah menang adat pertandingan... If you are not the winner... please set inyour mind that you will become the winner next time.. 

dalam dunia ni kita ada dua pilihan.. menang atau kalah.. kalau semua orang menang.. tiada siapa la yang kalah... so, tak bolehlah macam tu.. mesti akan ada beberapa orang yang menang dan ada jugak yang akan kalah...

so, jangan berputus asa... itu adalah satu sikap yang negatif...

Miss pun tak selalu menang Giveaway, segment or anything else... tapi Miss tak pernah putus asa.. Miss anggap maybe rezeki Miss bukan disitu..

lagipun Miss lebih suka memberi dari menerima.. perasaan memberi tu lebih seronok tau dari menerima hadiah.. sebab tu kalau birthday kawan-kawan Miss, Miss selalu bagi hadiah.. sebab suka tengok wajah mereka yang gembira apabila menerima hadiah..

Rasa seronok sebab dapat gembirakan hati mereka... Miss pun turut happy..  


so.. apepun keputusannya.. Hope semua dapat terima dengan hati yang ikhlas dan terbuka..


 Pengumuman!!
lepasan SPM 2013.. boleh baca etnry ni untuk maklumat lanjut tentang course yang dipilih untuk UPU
SENARAI PROGRAM UNTUK LEPASAN SPM 2013 



cara nak daftar Account 8share version baru


Assalamualaikum...

disebabkan ramai yang request Miss dekat FB tentang cara nak daftar akaun 8share..

so, Miss buat la tuto ni.. senang sikit nak ajar.. lagipun 8share kan sekarang guna account SAYS.. dengan satu account anda boleh guna untuk 3 website..

1. klik link INI

2. isi form macam gambar dibawah.. then klik create my account..


3. next update account..


4. account bank tu kalau korang nak update nanti pun boleh.. 


5.  bila dah siap account.. korang bolehlah share iklan yang ada dekat situ..


6. kalau nak tau berapa duit yang korang dapat.. klik dashboard.. 

7. faham tak??? kalau tak faham boleh tanya Miss ok...





SENARAI PROGRAM PRA-UNIVERSITI IPTA & KOLEJ MATRIKULASI (ASASI/TAMHIDI/MATRIKULASI) LALUAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


Assalamualaikum..

Malam ni nak updated pasal Program-program untuk lepasan SPM 2013..






*gambar diambil dari FB HALATUJU PENDIDIKAN SELEPAS SPM (klik gambar untuk lebih jelas..)


hah.. Miss tengok ramai sangat yang masih confuse tentang halatuju masing-masing.. Miss pun sama juga.. hehe..

So, Miss google la... then terjumpa link ni. Klik link tu kalau nak tahu dengan lebih lanjut.. *wink


Apa.. lagi.. Miss tengok la course yang Miss pilih untuk asasi tu boleh sambung ijazah dalam bidang apa kan..

Alhamdulillah.. Asasi yang Miss minta boleh sambung ijazah dalam bidang yang Miss minat sangat-sangat..

that's why, kalau tak tahu apa-apa.. kena la pandai menggunakan teknologi sekarang untuk cari maklumat..

Miss tengok dekat FB masih ramai yang tak tahu pasal halatuju masing-masing.. of course kalau malu bertanya sesat jalan..

tapi... bila dah tanya soalan yang sendiri boleh pi cari tu miss rasa macam diorang tak de effort untuk lakukan sendiri... Macam-macam link yang diminta... miss pun banyak juga yang tak tahu.. tapi still I can find the information for myself.. just google.. mr.google kan baik.. tanya je ape pun.. nanti mesti dia jawab..

So, SPM's leavers kat luar sana.. permohonan UPU tutup esok k.. so,, malam ni mana yang tak mohon atau  update lagi.. silalah berbuat demikian ye..

and for your information also.. tak payah kemaskini result SPM sebab result kita diorang akan contact trus kepada KPM.. so jangan risau kata yang UPU diorang x de kena kemaskini result ke ape.. sebab memang tak de pun..

Yang mana tak tahu lagi pasal asasi, diploma dan setaraf dengannya boleh klik Link dibawah dan baca..



thanks for reading...