pelajar yang muslim vs muslim yang belajar



Assalamualaikum..

dan selamat pagi.. Alhamdulillah Allah beri kita kesempatan untuk menghirup udara yang segar pada hari ini. Allah berikan kita kesempatan untuk jadi seorang muslim yang berjaya pada hari ini..  untuk meneruskan ibadat kita..

Hari Rabu (25/6.2014), aku ada pergi dengar forum dekat auditorium... tajuknya macam yang diatas iaitu pelajar yang muslim vs muslim yang belajar..

Forum ni terdiri dari tiga panel dan seorang pengacara majlis dimana salah seorang dari 3 ahli panel tu akak yang aku selalu ikut halaqah dia kat surau..

ok. Apa itu Pelajar yang muslim dan muslim yang belajar??? Adakah maksudnya sama atau berbeza??

Semua umat islam yang belajar itu muslim.. tapi adakah kita ingatkan Allah sambil kita belajar?? adakah kita hanya sekadar belajar 24 jam tetapi masa kita dengan Allah kita lupakan?? itulah yang membezakan pelajar yang muslim dengan muslim yang belajar..

kadang-kadang denga kesibukkan kita study, kita lupa yang masa kita untuk beribadat semakin berkurang.. semakin sikit.. jangan  kita rasa dengan usaha sahaja kita akan berjaya. Kita lupa bahawa selama ini kita berjaya atas doa ibu bapa. Doa orang yang terdekat dengan kita.. Jangan kita berasa bangga, takbur dengan kejayaan kita kerana kita hanya berusaha tetapi yang membantu kita adalah Allah S.W.T.

Jadilah muslim yang belajar.. Disamping kita sibuk belajar kita masih dapat membahagikan masa kita untuk beribadat..

Surah Al-Muzammil, ayat 6: 
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaanya.

Maksudnya jika kita sibuk pada waktu pagi, cuba kita dekatkan diri kita kepada Allah pada waktu malam. sesungguhnya ibadah pada waktu malam lebih khusyuk.. akan tetapi pada waktu pagi juga kita boleh bahagikan masa kita untuk beribadah..

Surah Al-Muzammil, ayat 7:
(kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam) kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.


Bagi sesetengah pihak, mereka memandang perkara ini sebagai remeh... Namun kita lupa yang semakin terpesong dari jalan-Nya.. Jadilah Muslim yang belajar bukanlah pelajar yang muslim.. InsyaAllah..


11:14
-tengah siapkan tuto-
-doakan admin dapat jawab test minggu depan-

bogosipda


Assalamualaikum..
Annyoung.

Amboi kau.. ber 'korean' pula nah.. haha.. mentang-mentang ada kawan satu tuto nak pi fly ke korea.. kita pulak yang terlebih excited.. haha..

ok.. bogosipda tu maksudnya I miss you..

serius aku rindu... nak balik rumah... nak jumpa kawan-kawan sekolah.. nak jumpa 'crush'.. opss.. terlepas pula..

most of all.. aku rindu mak aku.. actually aku memang tak suka nak call mak aku bila duduk dekat UM ni sebab kalau aku call automatik ada kolam dekat mata ni.. haha.. sayu ja dengaq suara mak tu..

then rindu si budak safiy gendut.. haha.. rindu nak cubit perut dia tu.. entah apa jadi kat dia pun tak tau la..


apa pun lagi sebulan ja nak tunggu balik raya ni..maklum la.. dok Penang ingat senang ka nak balik oi.. Jealous ok tengok orang yang duduk dekat-dekat balik rumah setiap minggu..

to :  Khaireen.. nanti pi korea jangan lupa minta autograf lee kwang soo.. haha..  best wei.. bila la nak smpai turn aku plak kan..



group tuto BF3

hari first kuliah


Assalamualaikum..

wah!!! ok, first time kuliah hari ni. For the first two weeks agak relax sikit sebab tiada kelas tutorial dan amali (lab) . Malam ni tiba-tiba rajin nak update..sebab tak tau nak buat apa.. tuto pun tak dak lagi nak buat..

So, kuliah start pukul 9 sampai pukul 1 tengah hari untuk hari isnin.. Esok pula start awal pukul 8 pagi sampai 10 pagi. Then rehat jap smpai pukul 2 baru smbung balik..

lecture untuk subjek computer science : Mr. Z
Gempak gila prof ni.. memang dalam bilik kuliah tu asyik dok gelak ja.. serius tak mengantuk la sangat...

lecture for chemistry : dr. Mazdida Sulaiman
Prof Mazdida pernah jadi interviewer aku masa interview haritu dekat Hotel Ragency. 

Lecture for Mathematics ( vector ) : Dr.Faridah Ibrahim
Comel je aku tengok Prof ni.. suara pun comel. tapi masa take 5 tu aku tertidur kot.. haha.. ngantok sangat..

Lecture for Physics : Dr. Fakhrul
Professor muda yang dah dapat PhD.. memang gempak le kan.. hensem pun hensem.. tapi kan... why aku belajar addmath dalam physics ni???? haha.. memang untuk matrik or asasi akan jadi macam ni.. tiba-tiba keluar subjek circular motion dalam physics.. dah la lama tak tengok benda-benda ni..

So,esok??? hope aku boleh tahan duduk dalam auditorium yang sejuk macam kat kutub utara dah tu.. haha.. Good night!!


Minggu Haluan Siswa 2014 Universiti Malaya (MHS14)


Assalamualaikum..



wah.. lama gila tak buka blog.. serius rindu nak blogwalking. Tapi sepanjang minggu Haluan Siswa ataupun orientasi bagi pelajar PASUM ni memang tak dak masa langsung aku nak buka blog segala.. ok.. mai KL aku punya loghat penang hilang trus.. haha..

Ok.. berbalik kepada tajuk diatas... Kami pelajar Pusat Asasi Sains UM( PASUM ) batch 2014/2015 telah menghadapai minggu yang sangat padat dengan aktiviti yang menarik (ok, tak sangat sebab banyak aktiviti dibatalkan termasuk explorace..) selama 5 hari start hari isnin 26 Mei sampai 30 Mei.

Serius penat gila kot.. minggu haluan siswa adalah minggu kami jalan kaki ja dari kolej kediaman 12 ke dewan tuanku cancelor (DTC). Nak pi PASUM pun kena lintas jalan then panjat bukit.. nak pi dewan peperiksaan kena naik bas. hah, besaq gila UM ni ye..


Dewan Tuanku Canselor.. masa first time aku sampai kat sini.. aku rasa macam kenapa bangunan ni tak dak cat.. simen ja.. tapi sebenarnya bangunan ni bersejarah... 


tapi jangan pandang luaran je.. dalamanye cantik kot.. dekat sini la kami akan Graduate after Degree nanti..
Gambar ambil dekat internet sebab aku tak sempat nak tangkap gambar satu dewan ni..


24 Mei

Hari pendaftaran untuk kolej kediaman pelajar PASUM asasi sains fizikal.. so, aku dapat bilik aras 1.. wifi laju gila.. sambil baring atas katil pun boleh online kat sini.. tapi kalau duduk aras lagi tinggi wifi slow sikit. haha..


kolej kediaman 12 a.k.a kolej kediaman Dr. Nazrin Shah. ada tasik kat tengah-tengah tu..

25 Mei

Pelajar asasi sains hayat plak daftar.. aku? tidoq dalam bilik le.. haha.. penat sangat kemas barang.. lupa nak habaq.. roomate aku orang Seremban. Nama Hidayah.. macam nama kakak aku dah.. so, aku panggil dia Dayah.. 

26 Mei

baru nak daftar PASUM.. kiranya hari sabtu tu kami just check in bilik.. hari isnin baru nak serah semua dokumen penting.. but aku still tak lengkap lagi sebab medical check up tak lengkap.. nanti nak kena cari PPUM kat mana.. dengar kata kena naik bas pergi PPUM.. hoho.. awat la besaq sangat UM ni oi..

27 Mei - 29 Mei

Sepanjang MHS 2014 ni pagi memang kami duduk dalam DTC ja dengar taklimat bagai.. taklimat subjek pa semua.. malam kami buat LDK.. belajar Sub PASUM.. sub tu macam cheers la.. banyak kot.. SUB PASUM TIGER, tarian Xi Shua Shua, tarian Gummy Bear dan macam2 lagi..

30 Mei

Malam penutup MHS 2014 tak berapa nak meriah sebab semua persembahan dibatalkan arahan dari Pengarah UM diatas kemangkatan bekas cancelor UM Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Jadi malam tu kami batalkan aktiviti persembahan untuk menghormati kemangkatan baginda sultan..

So, tamat la MHS 2014 kami.. penat semua ada.. phone langsung tak boleh pegang masa dalam dewan.. keluar dari dewan baru boleh buka.. balik bilik baru online le.. wifi pun laju.. haha..

hari sabtu tu aku dan kawan sekolah aku pi Midvalley.. ronda2 dalam tu sampai sesat tak jumpa jalan keluar.. haha... besar sangat kat dalam tu.. tapi nak pi Mid tak jauh pun.. tak sampai 10 minit naik teksi. tambang pergi balik baru RM12.. Dekat UM bebas nak outing bila.. nak balik pukul berapa diorang tak kisah.. jangan tak balik-balik sudah.. Tapi yang pasti aku kalau nak kluar Mid pun bila nak beli barang ja.  Kalau nak lepak memang tak dah le.. Sebab barang dekat UM memang mahal. so kakak senior semua kata suruh beli barang dekat Midvalley.. murah sikit dari UM..

InsyaAllah kalau ada masa lagi nanti aku update.. 

p/s : Aku dapat kelas fizikal 1.. sama dengan roomate la.. huhu..

Maaf penggunaan kata Aku kepada bloggers yang lebih dewasa..