Minggu Haluan Siswa 2014 Universiti Malaya (MHS14)


Assalamualaikum..



wah.. lama gila tak buka blog.. serius rindu nak blogwalking. Tapi sepanjang minggu Haluan Siswa ataupun orientasi bagi pelajar PASUM ni memang tak dak masa langsung aku nak buka blog segala.. ok.. mai KL aku punya loghat penang hilang trus.. haha..

Ok.. berbalik kepada tajuk diatas... Kami pelajar Pusat Asasi Sains UM( PASUM ) batch 2014/2015 telah menghadapai minggu yang sangat padat dengan aktiviti yang menarik (ok, tak sangat sebab banyak aktiviti dibatalkan termasuk explorace..) selama 5 hari start hari isnin 26 Mei sampai 30 Mei.

Serius penat gila kot.. minggu haluan siswa adalah minggu kami jalan kaki ja dari kolej kediaman 12 ke dewan tuanku cancelor (DTC). Nak pi PASUM pun kena lintas jalan then panjat bukit.. nak pi dewan peperiksaan kena naik bas. hah, besaq gila UM ni ye..


Dewan Tuanku Canselor.. masa first time aku sampai kat sini.. aku rasa macam kenapa bangunan ni tak dak cat.. simen ja.. tapi sebenarnya bangunan ni bersejarah... 


tapi jangan pandang luaran je.. dalamanye cantik kot.. dekat sini la kami akan Graduate after Degree nanti..
Gambar ambil dekat internet sebab aku tak sempat nak tangkap gambar satu dewan ni..


24 Mei

Hari pendaftaran untuk kolej kediaman pelajar PASUM asasi sains fizikal.. so, aku dapat bilik aras 1.. wifi laju gila.. sambil baring atas katil pun boleh online kat sini.. tapi kalau duduk aras lagi tinggi wifi slow sikit. haha..


kolej kediaman 12 a.k.a kolej kediaman Dr. Nazrin Shah. ada tasik kat tengah-tengah tu..

25 Mei

Pelajar asasi sains hayat plak daftar.. aku? tidoq dalam bilik le.. haha.. penat sangat kemas barang.. lupa nak habaq.. roomate aku orang Seremban. Nama Hidayah.. macam nama kakak aku dah.. so, aku panggil dia Dayah.. 

26 Mei

baru nak daftar PASUM.. kiranya hari sabtu tu kami just check in bilik.. hari isnin baru nak serah semua dokumen penting.. but aku still tak lengkap lagi sebab medical check up tak lengkap.. nanti nak kena cari PPUM kat mana.. dengar kata kena naik bas pergi PPUM.. hoho.. awat la besaq sangat UM ni oi..

27 Mei - 29 Mei

Sepanjang MHS 2014 ni pagi memang kami duduk dalam DTC ja dengar taklimat bagai.. taklimat subjek pa semua.. malam kami buat LDK.. belajar Sub PASUM.. sub tu macam cheers la.. banyak kot.. SUB PASUM TIGER, tarian Xi Shua Shua, tarian Gummy Bear dan macam2 lagi..

30 Mei

Malam penutup MHS 2014 tak berapa nak meriah sebab semua persembahan dibatalkan arahan dari Pengarah UM diatas kemangkatan bekas cancelor UM Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Jadi malam tu kami batalkan aktiviti persembahan untuk menghormati kemangkatan baginda sultan..

So, tamat la MHS 2014 kami.. penat semua ada.. phone langsung tak boleh pegang masa dalam dewan.. keluar dari dewan baru boleh buka.. balik bilik baru online le.. wifi pun laju.. haha..

hari sabtu tu aku dan kawan sekolah aku pi Midvalley.. ronda2 dalam tu sampai sesat tak jumpa jalan keluar.. haha... besar sangat kat dalam tu.. tapi nak pi Mid tak jauh pun.. tak sampai 10 minit naik teksi. tambang pergi balik baru RM12.. Dekat UM bebas nak outing bila.. nak balik pukul berapa diorang tak kisah.. jangan tak balik-balik sudah.. Tapi yang pasti aku kalau nak kluar Mid pun bila nak beli barang ja.  Kalau nak lepak memang tak dah le.. Sebab barang dekat UM memang mahal. so kakak senior semua kata suruh beli barang dekat Midvalley.. murah sikit dari UM..

InsyaAllah kalau ada masa lagi nanti aku update.. 

p/s : Aku dapat kelas fizikal 1.. sama dengan roomate la.. huhu..

Maaf penggunaan kata Aku kepada bloggers yang lebih dewasa..



7 comments :

  1. 안녕하세요~ HI~ this is Twinscraftlife! please visit our blog shop! we sell various cool handmade stuff!! 꼭 오세요~~^^
    twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Wah.. all the best..selamat menempuh alam uni k ;) singgah lawat sini

    ReplyDelete
  3. hai~ aku PASUM gak :3 tapi aku hayat 1 la.. hehehe all the best kat PASUM eh! ;)

    ReplyDelete
  4. hi sis . boleh saya tanya tak soal pakaian yang kena pakai tok ke kuliah ?

    ReplyDelete
  5. hi sis saya nak tanya soal pakaian yang perlu dipakai ke kuliah . boleh ceritakan sikit tak tentang pakaian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pula nak ucap Tahniah ye dik sebab dapat masuk PASUM!!

      Delete
  6. Nor hanisah : sorry sbb lambat balas.. akak keja tak sempat nak buka blog.. pakaian ke kuliah boleh pakai baju kurung, jubah , nak pakai blouse dan skirt labuh pun boleh.. lecture tak marah pun.. kalau nak pakai seluar make sure pakai seluar slack.. jeans tak boleh pakai. Kalau lelaki kena pakai baju berkolar, tie dan sluar slack.. kasut kena bertutup.. yang tu ja kot

    ReplyDelete

please be nice here and I will be nice to you..