pelajar yang muslim vs muslim yang belajar



Assalamualaikum..

dan selamat pagi.. Alhamdulillah Allah beri kita kesempatan untuk menghirup udara yang segar pada hari ini. Allah berikan kita kesempatan untuk jadi seorang muslim yang berjaya pada hari ini..  untuk meneruskan ibadat kita..

Hari Rabu (25/6.2014), aku ada pergi dengar forum dekat auditorium... tajuknya macam yang diatas iaitu pelajar yang muslim vs muslim yang belajar..

Forum ni terdiri dari tiga panel dan seorang pengacara majlis dimana salah seorang dari 3 ahli panel tu akak yang aku selalu ikut halaqah dia kat surau..

ok. Apa itu Pelajar yang muslim dan muslim yang belajar??? Adakah maksudnya sama atau berbeza??

Semua umat islam yang belajar itu muslim.. tapi adakah kita ingatkan Allah sambil kita belajar?? adakah kita hanya sekadar belajar 24 jam tetapi masa kita dengan Allah kita lupakan?? itulah yang membezakan pelajar yang muslim dengan muslim yang belajar..

kadang-kadang denga kesibukkan kita study, kita lupa yang masa kita untuk beribadat semakin berkurang.. semakin sikit.. jangan  kita rasa dengan usaha sahaja kita akan berjaya. Kita lupa bahawa selama ini kita berjaya atas doa ibu bapa. Doa orang yang terdekat dengan kita.. Jangan kita berasa bangga, takbur dengan kejayaan kita kerana kita hanya berusaha tetapi yang membantu kita adalah Allah S.W.T.

Jadilah muslim yang belajar.. Disamping kita sibuk belajar kita masih dapat membahagikan masa kita untuk beribadat..

Surah Al-Muzammil, ayat 6: 
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaanya.

Maksudnya jika kita sibuk pada waktu pagi, cuba kita dekatkan diri kita kepada Allah pada waktu malam. sesungguhnya ibadah pada waktu malam lebih khusyuk.. akan tetapi pada waktu pagi juga kita boleh bahagikan masa kita untuk beribadah..

Surah Al-Muzammil, ayat 7:
(kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam) kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.


Bagi sesetengah pihak, mereka memandang perkara ini sebagai remeh... Namun kita lupa yang semakin terpesong dari jalan-Nya.. Jadilah Muslim yang belajar bukanlah pelajar yang muslim.. InsyaAllah..


11:14
-tengah siapkan tuto-
-doakan admin dapat jawab test minggu depan-

No comments :

Post a Comment

please be nice here and I will be nice to you..