Cukuplah Allah bagi ku..

Assalamualaikum...

Lamanya tak update blog kan?? Rindu pula nak buat GA macam dulu. Tapi masa tak mengizinkan. Final sem 2 ni dah nak dekat. Maka dekatlah aku dengan penghujung PASUM. Siapa sangka, dah hampir setahun aku dekat sini. Memerah otak dengan asasi ni. Alhamdulillah, aku masih berdiri teguh. Tak kenal erti putus asa even aku rasa kadang-kadang macam hampir nak lemas.

Dan kadang-kadang tu rasa stress sangat tapi aku ni jenis yang suka pendam. Pendam masalah tu dalam hati. Sebab aku tak nak orang lain beban dengan masalah aku. Jadi yang menjadi pendengar setia aku setiap hari hanyalah Yang Satu di atas.. Allah S.W.T.

Sebab aku rasa lega bila aku cerita semua dekat Dia.. dan apa yang aku cerita tu Dia dengar.. Dia lebih tahu.. dan yang pasti ada jalan penyelesaiannya..

Aku boleh jadi pendengar setia. Mendengar masalah orang lain especially my bestfriend. Tapi masalah aku, aku sendiri tak dapat nak luahkan kepada orang lain.. sebab itu cukuplah Allah bagiku.

Aku ada terbaca satu artikel soal JODOH..

dan kenapa bila kita fikir soal JODOH, setiap masa kita akan fikir soal itu. Sebab kita minta kepada Dia supaya datangkan jodoh kepada kita dan itu lah yang Dia bagi. Masa makan, belajar sampaikan solat pun tak khusyuk asyik ingatkan jodoh..

Ya Allah hebat kan penangan jodoh itu.. Tapi jika diri sendiri masih belum sedia nak ke alam perkahwinan adakah kita layak fikir soal jodoh?? InsyaAllah.. jika sudah cukup ilmu di dada, sudah cukup iman di hati.. kita layak..

Jika tidak.. kejarlah cinta Ilahi. Jodoh itu pasti datang.. namun cinta Ilahi mengatasi yang lain.. InsyaAllah letakkan cinta Ilahi dahulu sebelum hadirnya "si dia".



IMAN.. iman kita mudah goyah.

HATI?? simpan untuk yang layak memiliki.. biar lah untuk Ilahi..

Aku nak jadi bidadari syurga..
aku nak jadi srikandi Islam..
aku nak jadi madrasah Tarbiyah..
InsyaAllah..

MISS 1826


No comments :

Post a Comment

please be nice here and I will be nice to you..