tarikh-tarikh penting UPU untuk lepasan STPM dan setaraf.

Assalamualaikum..




Perkongsian sedikit maklumat untuk pelajar lepasan STPM dan setaraf ( Asasi, Diploma , matrikulasi)

Permohonan UPU di laman web upu.mohe.gov.my

FASA 1 : 19/1/2015 - 12/4/2015

Kemaskini UPU

FASA 2: 3/6/2015 - 9/6/2015

Semakan temuduga : 21/5/2015 - 6/6/1025

Hebahan keputusan UPU :11/8/2015

Pendaftaran pelajar ijazah tahun pertama : 1/9/2015




Mengapa kita harus melupakan perkara silam?

Assalamualaikum..

Sunk cost fallacy ialah fenomena di mana kita merasa rugi untuk berhenti melakukan sesuatu perkara kerana kita telah melaburkan banyak usaha dalam tindakan kita walaupun mungkin tiada hasil daripada tindakan tersebut.

Fenomena ini sering terjadi dalam kehidupan seharian kita di mana kita kerap melaburkan wang atau temaga terhadap sesuatu kerja dan kemudian kita tidak memperoleh hasil langsung dari pekerjaan  tersebut. Dan kita  merasa rugi jika berheti kerana telah banyak mengeluarkan wang atau tenaga terhadap pekerjaan tersebut. Sebagai contoh :- tindakan seorang penganjur kempen tidak mahu menghentikan kempennya kerana telah memberikan  sejunlah wang yang banyak didalam kempen tersebut. "Kita sudah melaburkan sejumlah wang yang besar dalam kempen ini. Sekiranya berhenti sekarang, semua usaha kita menjadi sia-sia." 

Di sini kita dapat lihat bagaimana peristiwa silam dapat memberi kesan terhadap masa hadapan. Kita sering mengungkit perkara yang telah kita lakukan dan menganggap ia sebagai penghalang untuk kita maju kehadapan. Namun, kita tidak sedar bahawa untuk berjaya kita tidak perlu melihat ke belakang. Perkara silam adalah perkara yang sudah lepas manakala kita perlulah mengatur strategi yang baru untuk masa depan. Sunk cost fallacy adalah salah satu faktor kenapa ramai yang masih belum berjaya mencorak langkah demi masa hadapan kerana masih terbayang-bayang akan apa yang dia telah lakukan. 

"Kami sudah jauh terlibat...""saya sudah banyak membaca buku seumpama ini" ''Tetapi saya sudah menngikuti kursus ini selama 2 tahun...". Sekiranya corak pemikiran seperti ini berlegar-legar dalam minda kita, ini bermakna fenomena sunk cost fallacy sedang berlaku dalam kotak fikiran kita.

Tidak semestinya kita telah meletakkan sejumlah wang yang banyak untuk sesuatu pekerjaan dan tiada hasil yang kita perolehi bermakna kita perlu meneruskan juga kerja tersebut. Tidakkah ia menjadi sesuatu perkara yang sia-sia? Apa yang perlu kita lakukan adalah mencari idea dan stategi untuk menlakukan sesuatu yang akan membuahkan hasil. Seperti yang kita bincang sebelum ini dalam topik "kenapa kita wajar melihat kegagalan?" Jadikan apa yang terjadi itu sesuatu kegagalan bagi kita dan cuba perbaiki kegagalan itu untuk berjaya. Mungkin kita akan menghadapi kerugian yang sedikit daripada kita menghadapi kerugian yang banyak kerana masih meneruskan pekerjaan yang sia-sia itu.

Oleh itu, jangan jadikan perkara silam sebagai satu penghalang kepada kejayaan diri masing-masing. Tanamkan azam untuk terus kehadapan dan jangan sesekali berpatah balik. Masa silam adalah masa silam manakala masa hadapan adalah satu perkara yang perlu kita corakkan. 


~The hardest part of moving forward is not looking back.~

Social Proof

Assalamualaikum...



Situasi A:
Anda berada di satu konsert. Apabila penganyi tersebut mula membuat persembahan salah seorang dari penonton mula menepuk tangan. Lalu anda secara tidak langsung juga menepuk tangan mengikut orang tersebut dan anda dapati semua penonton mula menepuk tangan sejurus anda melakukannya.

Situasi B: 
Anda sedang berjalan kaki dan melihat sekumpulan orang sedang melihat langit. Anda secara tidak langsung juga melihat ke atas tanpa berfikir apa-apa.

Pernah tak anda menghadapi situasi di atas? Jika pernah anda mungkin mengalami 'social proof'. Istilah social proof digelar sebagai naluri haiwan memberi gambaran bahawa seseorang individu itu merasakan dirinya bertindak betul apabila turut melakukan sama seperti orang lain. Dalam erti kata lain semakin ramai yang mengikut sesuatu idea, maka kita beranggapan semakin baiklah (lebih betul) idea itu. Perkara ini ternyata tidak logik.

Kenapa dalam kehidupan dalam kehidupan seharian kita mesti mengikut segala gerak geri orang lain sedangkan yang berhak menentukan hidup kita sendiri adalah diri kita. Mungkin kita menganggap apa yang dilakukan individu tersebut adalah betul dan apabila melihat ramai yang melakukan perkara tersebut secara tidak langsung hati kita tergerak untuk melakukan perkara tersebut tanpa berfikir kesan dan akibat perbuatan kita sendiri. 

Boleh jadi apa yang dilakukan oleh individu tersebut adalah salah namun disebabkan ramai yang mengikutnya maka dianggap sebagai betul. Tidak mustahil lah kenapa ajaran sesat makin berleluasa zaman kini. Akibat terpengaruh oleh tindakan sekelompok manusia. Maka seorang individu boleh tergerak hati untuk mengikuti perbuatan tersebut walaupun ia terpesong dari akidah sekalipun. Akan tetapi kita masih perlu mempunyai pegangan masing-masing. Jangan sesekali terpengaruh dengan apa yang kita lihat sebaliknya teguh dengan pendirian sendiri kerana kita mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat masing-masing.

Disebalik kelemahan social proof ini terdapat juga kebaikannya. Sebagai contoh anda berada di dalam sebuah kedai dan tiba-tiba kedai tersebut terbakar. Pelanggan dan pemilik kedai lari bertempiaran ketakutan. Dalam situasi ini social proof amat diperlukan. Anda tidak perlu tunggu disitu sambil berfikir sebaliknya lari bersama yang lain atau nyawa anda mungkin akan terancam jika anda tidak melakukan sedemikian. Betul atau tidak?

Social proof hanya menjadi sesuatu yang lemah bila ia terjadi untuk perkara yang sia-sia. Jadi anda yang berhak menentukan sama ada apa yang bakal anda lakukan adalah perkara yang bermanfaat atau tidak. Jika tidak.. sila abaikan social proof dan ikutlah naluri dan pemikiran masing-masing. Jika Ya.. sila aplikasikan social proof atau mungkin  anda akan rugi. Seorang penulis novel Inggeris, W.Somerset Maugham pernah berkata - "Sekiranya 50 juta orang berkata sesuatu yang jelik, maka perkara itu tetap jelik."

Adakah belajar di Harvard bermakna kita lebih bijak?


Assalamualaikum...

Seperti yang kita tahu Harvard adalah salah satu universiti terunggul dan mempunyai ramai pelajar yang bijak bestari. Hurmmm.. nampaknya aku sendiri telah terpedaya dengan swimmer's body illusion atau dalam erti kata lain menilai sesuatu berdasarkan rupa. Kenapa ia dinamakan sebagai swimmer's body illusion? Pernah tak anda melihat susuk tubuh seorang perenang? pasti anda akan menganggap dia adalah perenang yang handal oleh kerana susuk tubuhnya yang tegap dan langsing kan? itulah ilusi yang direka oleh pemikiran sesetengah individu. Menilai sesuatu berdasarkan rupa luaran.

Begitu juga aku, menganggap individu itu sudah cukup bijak kerana berjaya menuntut ilmu di sebuah Universiti yang paling unggul. Namun tanggapan aku meleset kerana tak semua yang belajar disitu boleh dianggap pandai oleh semua orang jika tiada usaha dari pelajar itu sendiri. Betul atau tidak? Anda sendiri yang perlu tentukan. Kadang-kadang manusia lebih suka menilai seserorang hanya berdasarkan luaran. Melalui rupa paras, dimana dia belajar, status kehidupan-kaya atau tidak. Segera tinggalkan tanggapan itu dan cuba menilai seseorang melalui usahanya bukan luaran sahaja.


Begitu juga dengan diri kita sendiri. Jangan menganggap diri kita sendiri sudah cukup berjaya dan sempurna hanya kerana kita belajar di Universiti yang terkenal, kerja dalam sektor pekerjaaan yang dikenali ramai, mempunyai suami yang kacak atau isteri yang cantik, ataupun mempunyai anak-anak yang comel kerana itu hanya nikmat yang Tuhan berikan dan mungkin jika kita tamak atau riak Tuhan akan tarik balik nikmat yang Dia berikan.

Sedangkan diri kita sendiri di ingatkan oleh Allah S.W.T tentang nikmat yang Dia berikan dalam Surah Ar-Rahman. Diulang ayat ini berulang kali - FABIAYYI ALAA 'IRAABIKUMAA TUKADZDZIBAANN (maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan). Sebab itu kita jangan sesekali riak dan kufur diatas nikmat yang Dia berikan kerana kadang-kadang nikmat yang diberikan Tuhan itu ujian untuk kita. Sama ada kita masih ingat atau tidak pada Dia jika dikurniakan nikmat tersebut.






Berbalik kepada perbincangan kita sebentar tadi, mesti semua pernah mendengar kata-kata ini- DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER. Betul tak? Jadi jangan sesekali menilai sesuatu berdasarkan rupa paras atau fizikalnya sahaja. Kerana tidak semestinya belajar di Harvard bermaksud anda lebih bijak.. Tanpa usaha anda tidak akan kemana malah tidak akan berjaya. Akan tetapi janganlah berusaha demi sesuatu perkara yang sia-sia akibat terpedaya dengan Swimmer's Body Illusion.

REVIEW FROM THE ART OF THINKING CLEARLY BOOK











Mengapa kita wajar melihat kegagalan?


Assalamualaikum..

Mengapa kita wajar melihat kegagalan? Fenomena ini juga boleh di katakan sebagai Survivorship Bias.
Survivorship Bias bermaksud tanggapan berat sebelah terhadap kelangsungnan hidup ini.

Ramai yang berfikiran jika berlaku kegagalan maka tiada kejayaan. Namun, pendapat tersebut salah sama sekali kerana jika kita lihat semula melalui kegagalan yang kita hadapi kita dapat mengetahui apa kelemahan kita dan cuba untuk perbaikinya semula. 

Mungkin kita akan jatuh dahulu kerana tak semua manusia dilahirkan terus berjaya. Jangan putus asa kerana melalui kegagalan kita dapat mencorak langkah sedikit demi sedikit untuk berjaya. Abaikan kata-kata orang yang disekililing kita yang mungkin akan cuba menjatuhkan kita semula. Cuba ambil yang positif dan elakkan negativiti. 

Aku tertarik dengan petikan dari sebuah buku yang sedang aku baca ini iaitu buku THE ART OF THINKING CLEARLY.

``Dalam hidup ini, kisah tentang kejayaan lebih menyerlah berbanding dengan kegagalan. Disebabkan  itu, jangkaan kita terhadap peluang untuk berjaya secara sistematik melebihi yang sepatutnya. Kita hanyut dalam ilusi dan tersalah anggap terhadap kebarangkalian peluang untuk berjaya yang sebenarnya sangat tipis"

Memang benar, ramai yang lebih suka melihat kejayaan seseorang dan mengabaikan seseorang jika dia gagal. Kita memuji yang berjaya dan mengutuk yang gagal. Segera tinggalkan permikiran seperti itu kerana yang gagal tak semestinya gagal. Mungkin dia akan lebih berjaya daripada yang lain. Daripada kegagalan tersebut seseorang mungkin akan cuba mencipta pelbagai strategi untuk berjaya. Jadi jangan sesekali memandang rendah pada yang mereka.

``Survivorship Bias mungkin mendatangkan kemudaratan terutamanya apabila kita berada di pihak yang menang. Walaupun kejayaan kita dicapai secara kebetulan, kita mungkin mendapati situasi yang serupa turut dialami oleh pihak lain yang berjaya. Walau bagaimanapun sekiranya kita mengambil tahu tentang kegagalan sesuatu individu atau syarikat kita akan sedar bahawa liku-liku perjalanan yang dilalui mereka adalah serupa dengan perkara yang membentuk kejayaan kita."

~THERE IS NO SUCCESS WITHOUT FAILURE~

Review from The Art of Thinking Clearly  by Rolf Dobelli.




Rejab.. maka makin dekatlah Ramadhan..

Assalamualaikum..

Rejab sudab tiba kan.. Maka makin dekat kita pada Ramadhan.. Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk kita nikmati bulan yang penuh barakah ini sejurus lepas maghrib tadi... Bulan Rejab.. semoga kita masih diberikan peluang untuk menemui Ramadhan.. insyaAllah..

Doa awal Rejab.

اللهم بارك لنا فى رجب و شعبان وبلغنا رمضان

“Allaahumma baariklanaa fii Rajaba wa Sya’baana wa ballighna Ramadhana.”
Yang artinya: “Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban ini, dan sampaikanlah umur kami bertemu Ramadhan.”

Kemuliaan Rajab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

Amalan-amalan yang baik dilakukan pada bulan Rejab.

- Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
- Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
- Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
- Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
- Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.

InsyaAllah...


DIAgnosis 2

Assalamualaikum..

Pernah tak kadang-kadang kita rasa hidup kita kosong. Rasa macam ada somethings yang hilang. Rasa diri ni jauh. Tiba-tiba rasa sedih. Rasa macam nak menangis. Sebab hubungan kita dengan DIA makin jauh. Iman kita makin goyah. Sebab kita tak kuat. Tak kuat nak tahan segala jenis godaan duniawi...

Alhamdulillah.. setelah hampir beberapa buah kedai buku aku mencari namun tidak kutemui (Ayat BM power sikit hari ni.. ) akhirnya dekat kedai buku MPH Midvalley tu jugak aku jumpa buku ni... DIAGNOSIS 2.. serius best gila buku ni.. tak tau nak kata pa dah.. hah. Lagu tuh ar.. haha.. ok.. maaf terkeluar loghat penang.. 




Nak di jadikan cerita. Dengan menggunakan baucer buku 1 Malaysia yang masih berbaki RM150 aku guna RM 50 ja untuk beli buku ni dengan  buku PATUNG tu.. huhu.

Buku ni hasil nukilan dari 7 orang doktor dan salah satunya adalah DR.FATIN LIYANA.. sape tak kenal.. blogger terkenal dengan blognya - 
honeykoyuki.blogspot.com

Dr. Fatin pun dah bertunang dengan Dr.Anwar Fazal.. insyaAllah.. bakal berkahwin.. (ok.. ni bukan blog untuk bergossip.. haha.)

Banyak kisah yang boleh diambil nilai murninya dari buku ni. Serius banyak. Bagi aku sesuai untuk dibaca bagi sapa yang rasa jiwa dia kosong.. kosong.. kosong.. (teringat lagu Najwa Latif-kosong) sebab kisah-kisah dalam buku ni banyak berkaitan dengan kehidupan.. rasa cinta pada Tuhan.. Ar-Rahman.. Ar-Rahim.. walaupun bahasa dia.. pergh.. memang bahasa kedoktoran gitu.. but it's ok.. new things to learn right??




 Banyak cerita pasal life seorang doktor. Sebab ramai orang masih berfikiran bahawa doktor tu lifeless.. tiada kehidupan. 24/7 di hospital. Jadi kisah-kisah di dalam buku ini cuba untuk menunjukkan bahawa menjadi seorang doktor bukannya bermaksud anda tiada kehidupan.. tetapi anda adalah wira. Yang akan menyelamatkan beribu nyawa dengan bantuan-Nya.. Tuhan Yang Esa.. 




So.. disini saya galakkan untuk anda semua untuk beli dan baca buku ni.. serius tak rugi kalau dibeli dan dibaca.. banyak manfaat yang boleh kita perolehi bersama.. tak gitu.. huhu..




Sekian terima kasih..

Maaf penggunaan kata 'aku' bagi yang  lebih dewasa...

Patung

Assalamualaikum..

When I bored and don't know what to do.. so I decided to finish this book in just one day.. percaya tak sebab aku memang susah nak habiskan satu novel dan kadang-kadang sampai satu bulan baru habis.. haha.



So.. novel ni serius best sebab aku ni jenis tak layan dah novel cintan cintun dan romantik terlebih.. dulu maybe aku layan but  now aku rasa macam jalan cerita lebih kurang sama ja. Kahwin cerai.. kahwin paksa. Suami aku bla bla bla.. kan. Bosan.. serius bosan.. so tukar mood baca novel FIXI pula sebab cerita dia best. Nak dijadikan cerita aku berjaya habiskan novel ni dalam masa sehari..huhu.

Sebab novel ni best.. ala2 ANABELLE sikit dan aku memang suka cerita yang thriller macam ni. Huhuhu (aku tidoq tak tutup lampu malam tu sebab tak jumpa lampu tidoq aku). Cerita ni mengisahkan pasal seorang jururawat yang merupakan seorang pewaris sebuah Banglo pusaka. Banglo yang di warisi dari neneknya, Puan Bouganvilla yang merupakan seorang yang cantik dan kekal muda. Sebab nenek dia ni mengamalkan ilmu hitam. Ilmu kekal muda uolls. Hah.. dan setiap bulan nenek dia ni akan minta orang gaji dia cari seorang gadis untuk dibunuh dan roh gadis tu akan disimpan dalan sebuah patung. Dan apa kena mengena patung ni dengan Orked cucu dia tu? Tak de kena mengena pun. 

Orked ada menerima sebuah patung dari seorang pesakit yang dijaganya  dan malangnya pesakit itu mati. Dan.. nak tahu apa yang jadi dekat Orked? Korang kena la beli novel ni dan baca.. huhu.. serius best dan tak rugi kalau korang beli. 

Amaran: bagi yang lemah semangat jangan baca. Takut korang trauma pula tengok patung. Sekian..

Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman


Assalamualaikum..


click banner to join.. tq.. and has a nice day..

Catatan Matluthfi



Assalamualaikum..



First of all, nak tanya siapa dah baca buku ni?? Ok.. mesti ramai yang dah baca kan? Siap ulang 2, 3 kali dah kan. Sebab aku baru habis final sem and cuti dah start.. so I decided to start reading books.. hah siap buat koleksi buku nak baca lagi. InsyaAllah nak cari lagi la nanti buku. Baucer buku ada lagi RM100 uollss.. tak tau nak beli buku apa tapi buku FIXI best2 jugak. One of that books yang aku beli dan baca adalah buku PATUNG.. fuhh.  Best. Nanti aku review.

So hari ni nak review buku ni...

Serius best.. sape tak kenal Mat Luthfi kan.. one of the famous Vlogger dengan loghat utaqa dia yang pekat tu.. hehe.. aku faham apa yang dia cakap sebab aku pun orang utaqa.. Penang.. hohoho..

Buku ni mostly dia cerita pasal hidup dia. Lifestyle.. well.. study dekat oversea right. Ingat senang nak struggle.. but he can do it. Aku suka tengok video dia dekat youtube sebab banyak moral value yang aku boleh dapat.. 

Terselit jugak lawak yang bagi aku ada sense of humour sikit haha.. 



Humm.. nanti laki aku boleh la bawak pi oversea time winter eh time tengah mengandung.. bagi sejuk perut I ok.. haha.. 


Apa yang dia tulis kat twitter semua dia letak dalam buku ni.. (patut la aku tengok twitter dia kosong ja.. ada pun sikit ja tweet) habis kalau dia tak padam rugi la kan.. sapa nak beli buku dia. And I know that the story in his book is from his blog. (Sebab aku selalu stalk blog dia.. shhh.. haha.) Sebab best la baca crita dia. 



Boleh aku baca then gelak sorang-sorang dekat KPS (kompleks perdana siswa) semua usya pelik ja.. serius buku ni best and bagi aku sesuai untuk dibaca bagi setiap lapisan umur (kecuali bayi yang masih merangkak. Harap maklum) dan aku cadangkan korang bacalah di tempat yang tersembunyi bukan tempat awam sebab pasti korang akan gelak sorang-sorang nanti. Haha.



HABIS ASASI.. Good Bye PASUM..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. tamat sudah aku belajar selama 10 bulan dekat PASUM. Serius banyak sangat kenangan yang pasti akan kekal dalam RAM(random access memory) otak ni.. kalau nak cerita semua pengalaman aku rasa beratus2 entry aku kena buat. Sebab tak terkira banyaknya kenangan tu. So.. i am not longer PASUMians. Duduk rumah menganggur je.. ok tak.. actually nak pergi cari kerja sebab cuti lama kan.. 5 bulan sebelum sambung ijazah pula.. maybe bulan 9 kot sambung.. insyaAllah..

So presenting my classmates sepanjang di PASUM.. orang-orang yang aku rasa mer'warnai' hidup aku.. siap jadi matchmaker aku lagi.. hurmm. Apa2 pun  thanks guy for your help.. ilmu sepanjang kita satu kelas.. kelas BF3.. even just a short period of study.. 10 bulan ja wei.. tapi dah kenal diorang ni dah macam 10 tahun..



And here are my roomates... D406.. Satu bilik.. satu usrah.. dan aku seronok sebab dapat satu bilik dengan diorang.. dan thanks to Atifah sebab selalu teman aku pergi kelas.. even  aku tahu perangai aku ni memang selalu moody.. kadang2 senyap.. kadang2 happy.. split personality sikit aku rasa.. haha.. 



Last but not least.. rakan2 usrah aku.. sepanjang di PASUM..

(X cukup sebenarnya sebab ramai x dapat hadir haritu)

So.. the memory can't be fade.. it can be restore unless you got amnesia and forget everythings.. maaf jika tersalah kata dan bicara sepanjang di PASUM dan halalkan segala ilmu yang diberi.. thanks and gonna miss all of you..

-miss1826-


Kepada adik-adik yang baru habis SPM dan dapat tawaran masuk PASUM..kalau nak tanya akak ni yang baru habis PASUM boleh contact akak dekat fb dan lain2 lagi.. tuh dekat tepi tu ada button fb,twitter,insta.. boleh la contact dekat situ.. tq and has a nice day.. may you success in future..