DIAgnosis 2

Assalamualaikum..

Pernah tak kadang-kadang kita rasa hidup kita kosong. Rasa macam ada somethings yang hilang. Rasa diri ni jauh. Tiba-tiba rasa sedih. Rasa macam nak menangis. Sebab hubungan kita dengan DIA makin jauh. Iman kita makin goyah. Sebab kita tak kuat. Tak kuat nak tahan segala jenis godaan duniawi...

Alhamdulillah.. setelah hampir beberapa buah kedai buku aku mencari namun tidak kutemui (Ayat BM power sikit hari ni.. ) akhirnya dekat kedai buku MPH Midvalley tu jugak aku jumpa buku ni... DIAGNOSIS 2.. serius best gila buku ni.. tak tau nak kata pa dah.. hah. Lagu tuh ar.. haha.. ok.. maaf terkeluar loghat penang.. 




Nak di jadikan cerita. Dengan menggunakan baucer buku 1 Malaysia yang masih berbaki RM150 aku guna RM 50 ja untuk beli buku ni dengan  buku PATUNG tu.. huhu.

Buku ni hasil nukilan dari 7 orang doktor dan salah satunya adalah DR.FATIN LIYANA.. sape tak kenal.. blogger terkenal dengan blognya - 
honeykoyuki.blogspot.com

Dr. Fatin pun dah bertunang dengan Dr.Anwar Fazal.. insyaAllah.. bakal berkahwin.. (ok.. ni bukan blog untuk bergossip.. haha.)

Banyak kisah yang boleh diambil nilai murninya dari buku ni. Serius banyak. Bagi aku sesuai untuk dibaca bagi sapa yang rasa jiwa dia kosong.. kosong.. kosong.. (teringat lagu Najwa Latif-kosong) sebab kisah-kisah dalam buku ni banyak berkaitan dengan kehidupan.. rasa cinta pada Tuhan.. Ar-Rahman.. Ar-Rahim.. walaupun bahasa dia.. pergh.. memang bahasa kedoktoran gitu.. but it's ok.. new things to learn right??




 Banyak cerita pasal life seorang doktor. Sebab ramai orang masih berfikiran bahawa doktor tu lifeless.. tiada kehidupan. 24/7 di hospital. Jadi kisah-kisah di dalam buku ini cuba untuk menunjukkan bahawa menjadi seorang doktor bukannya bermaksud anda tiada kehidupan.. tetapi anda adalah wira. Yang akan menyelamatkan beribu nyawa dengan bantuan-Nya.. Tuhan Yang Esa.. 




So.. disini saya galakkan untuk anda semua untuk beli dan baca buku ni.. serius tak rugi kalau dibeli dan dibaca.. banyak manfaat yang boleh kita perolehi bersama.. tak gitu.. huhu..




Sekian terima kasih..

Maaf penggunaan kata 'aku' bagi yang  lebih dewasa...

No comments :

Post a Comment

please be nice here and I will be nice to you..