Mengapa kita harus melupakan perkara silam?

Assalamualaikum..

Sunk cost fallacy ialah fenomena di mana kita merasa rugi untuk berhenti melakukan sesuatu perkara kerana kita telah melaburkan banyak usaha dalam tindakan kita walaupun mungkin tiada hasil daripada tindakan tersebut.

Fenomena ini sering terjadi dalam kehidupan seharian kita di mana kita kerap melaburkan wang atau temaga terhadap sesuatu kerja dan kemudian kita tidak memperoleh hasil langsung dari pekerjaan  tersebut. Dan kita  merasa rugi jika berheti kerana telah banyak mengeluarkan wang atau tenaga terhadap pekerjaan tersebut. Sebagai contoh :- tindakan seorang penganjur kempen tidak mahu menghentikan kempennya kerana telah memberikan  sejunlah wang yang banyak didalam kempen tersebut. "Kita sudah melaburkan sejumlah wang yang besar dalam kempen ini. Sekiranya berhenti sekarang, semua usaha kita menjadi sia-sia." 

Di sini kita dapat lihat bagaimana peristiwa silam dapat memberi kesan terhadap masa hadapan. Kita sering mengungkit perkara yang telah kita lakukan dan menganggap ia sebagai penghalang untuk kita maju kehadapan. Namun, kita tidak sedar bahawa untuk berjaya kita tidak perlu melihat ke belakang. Perkara silam adalah perkara yang sudah lepas manakala kita perlulah mengatur strategi yang baru untuk masa depan. Sunk cost fallacy adalah salah satu faktor kenapa ramai yang masih belum berjaya mencorak langkah demi masa hadapan kerana masih terbayang-bayang akan apa yang dia telah lakukan. 

"Kami sudah jauh terlibat...""saya sudah banyak membaca buku seumpama ini" ''Tetapi saya sudah menngikuti kursus ini selama 2 tahun...". Sekiranya corak pemikiran seperti ini berlegar-legar dalam minda kita, ini bermakna fenomena sunk cost fallacy sedang berlaku dalam kotak fikiran kita.

Tidak semestinya kita telah meletakkan sejumlah wang yang banyak untuk sesuatu pekerjaan dan tiada hasil yang kita perolehi bermakna kita perlu meneruskan juga kerja tersebut. Tidakkah ia menjadi sesuatu perkara yang sia-sia? Apa yang perlu kita lakukan adalah mencari idea dan stategi untuk menlakukan sesuatu yang akan membuahkan hasil. Seperti yang kita bincang sebelum ini dalam topik "kenapa kita wajar melihat kegagalan?" Jadikan apa yang terjadi itu sesuatu kegagalan bagi kita dan cuba perbaiki kegagalan itu untuk berjaya. Mungkin kita akan menghadapi kerugian yang sedikit daripada kita menghadapi kerugian yang banyak kerana masih meneruskan pekerjaan yang sia-sia itu.

Oleh itu, jangan jadikan perkara silam sebagai satu penghalang kepada kejayaan diri masing-masing. Tanamkan azam untuk terus kehadapan dan jangan sesekali berpatah balik. Masa silam adalah masa silam manakala masa hadapan adalah satu perkara yang perlu kita corakkan. 


~The hardest part of moving forward is not looking back.~

No comments :

Post a Comment

please be nice here and I will be nice to you..