Mengapa kita wajar melihat kegagalan?


Assalamualaikum..

Mengapa kita wajar melihat kegagalan? Fenomena ini juga boleh di katakan sebagai Survivorship Bias.
Survivorship Bias bermaksud tanggapan berat sebelah terhadap kelangsungnan hidup ini.

Ramai yang berfikiran jika berlaku kegagalan maka tiada kejayaan. Namun, pendapat tersebut salah sama sekali kerana jika kita lihat semula melalui kegagalan yang kita hadapi kita dapat mengetahui apa kelemahan kita dan cuba untuk perbaikinya semula. 

Mungkin kita akan jatuh dahulu kerana tak semua manusia dilahirkan terus berjaya. Jangan putus asa kerana melalui kegagalan kita dapat mencorak langkah sedikit demi sedikit untuk berjaya. Abaikan kata-kata orang yang disekililing kita yang mungkin akan cuba menjatuhkan kita semula. Cuba ambil yang positif dan elakkan negativiti. 

Aku tertarik dengan petikan dari sebuah buku yang sedang aku baca ini iaitu buku THE ART OF THINKING CLEARLY.

``Dalam hidup ini, kisah tentang kejayaan lebih menyerlah berbanding dengan kegagalan. Disebabkan  itu, jangkaan kita terhadap peluang untuk berjaya secara sistematik melebihi yang sepatutnya. Kita hanyut dalam ilusi dan tersalah anggap terhadap kebarangkalian peluang untuk berjaya yang sebenarnya sangat tipis"

Memang benar, ramai yang lebih suka melihat kejayaan seseorang dan mengabaikan seseorang jika dia gagal. Kita memuji yang berjaya dan mengutuk yang gagal. Segera tinggalkan permikiran seperti itu kerana yang gagal tak semestinya gagal. Mungkin dia akan lebih berjaya daripada yang lain. Daripada kegagalan tersebut seseorang mungkin akan cuba mencipta pelbagai strategi untuk berjaya. Jadi jangan sesekali memandang rendah pada yang mereka.

``Survivorship Bias mungkin mendatangkan kemudaratan terutamanya apabila kita berada di pihak yang menang. Walaupun kejayaan kita dicapai secara kebetulan, kita mungkin mendapati situasi yang serupa turut dialami oleh pihak lain yang berjaya. Walau bagaimanapun sekiranya kita mengambil tahu tentang kegagalan sesuatu individu atau syarikat kita akan sedar bahawa liku-liku perjalanan yang dilalui mereka adalah serupa dengan perkara yang membentuk kejayaan kita."

~THERE IS NO SUCCESS WITHOUT FAILURE~

Review from The Art of Thinking Clearly  by Rolf Dobelli.




No comments :

Post a Comment

please be nice here and I will be nice to you..