Patung

Assalamualaikum..

When I bored and don't know what to do.. so I decided to finish this book in just one day.. percaya tak sebab aku memang susah nak habiskan satu novel dan kadang-kadang sampai satu bulan baru habis.. haha.



So.. novel ni serius best sebab aku ni jenis tak layan dah novel cintan cintun dan romantik terlebih.. dulu maybe aku layan but  now aku rasa macam jalan cerita lebih kurang sama ja. Kahwin cerai.. kahwin paksa. Suami aku bla bla bla.. kan. Bosan.. serius bosan.. so tukar mood baca novel FIXI pula sebab cerita dia best. Nak dijadikan cerita aku berjaya habiskan novel ni dalam masa sehari..huhu.

Sebab novel ni best.. ala2 ANABELLE sikit dan aku memang suka cerita yang thriller macam ni. Huhuhu (aku tidoq tak tutup lampu malam tu sebab tak jumpa lampu tidoq aku). Cerita ni mengisahkan pasal seorang jururawat yang merupakan seorang pewaris sebuah Banglo pusaka. Banglo yang di warisi dari neneknya, Puan Bouganvilla yang merupakan seorang yang cantik dan kekal muda. Sebab nenek dia ni mengamalkan ilmu hitam. Ilmu kekal muda uolls. Hah.. dan setiap bulan nenek dia ni akan minta orang gaji dia cari seorang gadis untuk dibunuh dan roh gadis tu akan disimpan dalan sebuah patung. Dan apa kena mengena patung ni dengan Orked cucu dia tu? Tak de kena mengena pun. 

Orked ada menerima sebuah patung dari seorang pesakit yang dijaganya  dan malangnya pesakit itu mati. Dan.. nak tahu apa yang jadi dekat Orked? Korang kena la beli novel ni dan baca.. huhu.. serius best dan tak rugi kalau korang beli. 

Amaran: bagi yang lemah semangat jangan baca. Takut korang trauma pula tengok patung. Sekian..

No comments :

Post a Comment

please be nice here and I will be nice to you..