Social Proof

Assalamualaikum...



Situasi A:
Anda berada di satu konsert. Apabila penganyi tersebut mula membuat persembahan salah seorang dari penonton mula menepuk tangan. Lalu anda secara tidak langsung juga menepuk tangan mengikut orang tersebut dan anda dapati semua penonton mula menepuk tangan sejurus anda melakukannya.

Situasi B: 
Anda sedang berjalan kaki dan melihat sekumpulan orang sedang melihat langit. Anda secara tidak langsung juga melihat ke atas tanpa berfikir apa-apa.

Pernah tak anda menghadapi situasi di atas? Jika pernah anda mungkin mengalami 'social proof'. Istilah social proof digelar sebagai naluri haiwan memberi gambaran bahawa seseorang individu itu merasakan dirinya bertindak betul apabila turut melakukan sama seperti orang lain. Dalam erti kata lain semakin ramai yang mengikut sesuatu idea, maka kita beranggapan semakin baiklah (lebih betul) idea itu. Perkara ini ternyata tidak logik.

Kenapa dalam kehidupan dalam kehidupan seharian kita mesti mengikut segala gerak geri orang lain sedangkan yang berhak menentukan hidup kita sendiri adalah diri kita. Mungkin kita menganggap apa yang dilakukan individu tersebut adalah betul dan apabila melihat ramai yang melakukan perkara tersebut secara tidak langsung hati kita tergerak untuk melakukan perkara tersebut tanpa berfikir kesan dan akibat perbuatan kita sendiri. 

Boleh jadi apa yang dilakukan oleh individu tersebut adalah salah namun disebabkan ramai yang mengikutnya maka dianggap sebagai betul. Tidak mustahil lah kenapa ajaran sesat makin berleluasa zaman kini. Akibat terpengaruh oleh tindakan sekelompok manusia. Maka seorang individu boleh tergerak hati untuk mengikuti perbuatan tersebut walaupun ia terpesong dari akidah sekalipun. Akan tetapi kita masih perlu mempunyai pegangan masing-masing. Jangan sesekali terpengaruh dengan apa yang kita lihat sebaliknya teguh dengan pendirian sendiri kerana kita mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat masing-masing.

Disebalik kelemahan social proof ini terdapat juga kebaikannya. Sebagai contoh anda berada di dalam sebuah kedai dan tiba-tiba kedai tersebut terbakar. Pelanggan dan pemilik kedai lari bertempiaran ketakutan. Dalam situasi ini social proof amat diperlukan. Anda tidak perlu tunggu disitu sambil berfikir sebaliknya lari bersama yang lain atau nyawa anda mungkin akan terancam jika anda tidak melakukan sedemikian. Betul atau tidak?

Social proof hanya menjadi sesuatu yang lemah bila ia terjadi untuk perkara yang sia-sia. Jadi anda yang berhak menentukan sama ada apa yang bakal anda lakukan adalah perkara yang bermanfaat atau tidak. Jika tidak.. sila abaikan social proof dan ikutlah naluri dan pemikiran masing-masing. Jika Ya.. sila aplikasikan social proof atau mungkin  anda akan rugi. Seorang penulis novel Inggeris, W.Somerset Maugham pernah berkata - "Sekiranya 50 juta orang berkata sesuatu yang jelik, maka perkara itu tetap jelik."

No comments :

Post a Comment

please be nice here and I will be nice to you..