Coincidence



Assalamualaikum..

Perkara luar jangkaan yang tidak dapat dielakkan...

Ali dan Abu merancang untuk pergi memancing bersama-sama. Mereka berdua telah bercadang untuk pergi pada hujung minggu. Pada saat akhir, mereka terpaksa membatalkan rancangannya kerana Ali perlu membawa ibunya ke hospital manakala Abu pula perlu pergi ke kelas tambahan. Namun pada hari tersebut, satu kejadian yang tidak di ingini telah berlaku dimana seorang pelajar telah dihanyutkan oleh arus deras kerana hujan lebat di sungai yang hendak mereka pergi. Adakah ini sesuatu di luar jangkaan? Jika mereka berdua pergi ke sana sudah pasti mereka yang menjadi mangsa arus deras tersebut.

Pernahkah perkara begini berlaku pada anda? Tipu aku katakan jika anda tidak pernah mengalami perkara seperti ini. Kadang-kadang apa yang perlu kita lakukan adalah cuba mencari hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Mungkin kita berasa kecewa kerana tidak berjaya mendapat sesuatu yang kita ingini, sebagai contoh ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi nasib tidak menyebelahi kita. Keputusan kita tidak memuaskan. Kita merungut dan cuba menyalahkan sesuatu atas kegagalan kita. Jangan pernah sesekali berbuat begitu kerana apa yang berlaku ada hikmahnya seperti contoh di atas.



Mungkin perkara tersebut berlaku secara kebetulan kerana mereka diberi peluang kedua oleh Tuhan untuk hidup di dunia ini. Untuk menghirup udara di bumi ini.. untuk menebus dosa-dosa mereka yang lalu. Begitu juga dengan keputusan ujian yang tidak memberangsangkan. Mungkin Tuhan tidak mahu kita menambah dosa akibat riak kerana mendapat result yang bagus dalam peperiksaan. Sesetengah pihak dan bukan kita mungkin suka bermegah-megah dengan keputusan yang dia terima. Namun, ada mungkin apa yang terjadi boleh dianggap sebagai ujian untuk diri kita menjadi seseorang yang lebih kuat dan tabah.

Coincidence... sering terjadi dalam hidup kita. Sebagai satu peluang untuk kita perbaiki kelemahan dan cuba menjadi seseorang yang lebih produktif. Coincidence tidak akan berlaku tanpa sebab. Mungkin kita tidak cukup usaha untuk melakukan sesuatu perkara. Itulah apa yang aku akan katakan pada diri sendiri jika mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan dalam peperiksaan. Sebab bagi aku, usaha tanpa doa dan tawakal tiada kejayaan.. begitu juga sebaliknya. My motivation setiap kali exam dan dapat result. Dan bagi aku, setiap yang berlaku ada hikmahnya...betul tak.. Entry kali ni more to motivation pasal result exam sebab result for Sem 2 is around the corner.. huhuhu..

Good luck Pasumians for your result!!! 




2 comments :

  1. Student PASUM rupanya...hihi...good luck dear! UM best! hihi...im ex UM...
    Salam singgah ye...



    Nak free vitamin tak?
    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks akak.. InsyaAllah.. nanti saya singgah blog akak ye..

      Delete

please be nice here and I will be nice to you..