Tadabbur Ayat #1



Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu. (Al-Baqarah ayat 152)

Penjelasan:

Adalah patut kita sebagai hambaNya sentiasa mengingatiNya dan mensyukuri segala nikmat yang diberi kepada kita. Pernahkah kita diajar untuk membalas jasa orang lain semasa kita kecil dahulu oleh guru kita? Begitulah yang perlu dilakukan kita terhadap Allah yang mencipta kita.. manusia.. dan alam ini.. caranya?? Zirkrullah, membaca Al-Quran, Tadabbur ayat, menjauhi maksiat, mengikut perintahNya.. Mudah.. cuma kita kadang-kadang alpa.. leka.

Nikmat.. seringkali kita memohon padaNya.. berikanlah kita nikmatnya.. tetapi kenapa? Kenapa apabila mendapat nikmatNya kita lupa akan Dia.. lupa.. itulah manusia.. tak pernah bersyukur.. malah mengingkari nikmat yang diberi.. kufur.. SubhanAllah.. renungkanlah dalam diri masing-masing.. Ramadhan makin jauh.. hendak meninggalkan kita.. semoga kita dapat berjumpa lagi Ramadhan jika diberikan kesempatan. Amiin.. 

2 comments :

please be nice here and I will be nice to you..