MHS 2015/2016


Assalamualaikum...

Minggu Haluan Siswa atau lebih dikenali sebagai MHS adalah minggu orientasi bagi pelajar baru tahun pertama ijazah di Universiti Malaya yang berlansung selama 6 hari. So, minggu ni, minggu yang paling memenatkan tapi best la jugak sebab banyak aktiviti yang menarik tahun ni. Sebab masa MHS PASUM dulu tak berapa nak banyak aktiviti macam sekarang ni.

Nak kata penat tu memang penat tapi sangat best sebab dapat jumpa ex-roomates masa KUAZ dulu, ex-classmates BF3, rakan-rakan usrah dan lain-lain lagi.

30/8/2015 ( pendaftaran)

Ahad, aku jejak kaki dalam UM ni lepas 5 bulan cuti dan tinggal UM ni.. haha.. rindu wei.. pendaftaran Alhamdulilah berjalan lancar. Pemakaian masa daftar tu tak kisah pun pakai baju apa, casual or formal. Aku pakai seluar jeans dengan kemeja je sebab nak angkat barang yang banyak gila.. dah la abah kena tunggu dekat palapes sebab bas penuh punya pasal. So aku sarankan korang kalau daftar masuk nanti next year kalau masuk Kolej Kinabalu (KK8) kena parking dekat palapes but nak senang drop barang dulu dekat kolej then gi parking dekat palapes. Kalau tak jammed jalan sebab orang parking tepi jalan punya pasal. Malam tu dah start orientasi dah. Barang langsung tak sempat kemas.. haha..


31/8/2015 - 4/8/2015

Aktiviti kolej macam biasa la, banyak LDK (latihan dalam kumpulan). I got cell 4 yang havoc sikit dengan perangai diorang yang gila-gila. But I am a person that not easily remember people's name. ingat sikit-sikit je nama. Roomate pun satu cell, satu course.. senang aku nak gi kelas.


Then tahun ni julung kalinya UM buat satu rekod Human Formation daripada semua freshies UM, buat bentuk WE LOVE UM.. baru nak susun tiba-tiba hujan lebat pulak. Lari semua orang masuk bawah UM arena tu. But still lepas hujan terus susun balik..






2 September, hari Rabu kitorang buat aktiviti fakulti.. yang ni memang best,.. serius aku cakap. Sebab kitorang main game RUNNING FRESHIES yang berkonsepkan running man.. my favourite variety show after all.. oh.. lupa nak inform.. I'm from Faculty of Science Computer and Information Technology (Software Engineering ). Group aku dapat nombor 3 dan kebanyakan game dekat situ aku pernah main.. haha.. and one of them is Batu Seremban.. memang aku main sungguh la kan.. ada game flip the coin, masukkan benang dalam manik (yang ni aku dapat banyak sebab dah biasa menjahit.. haha..)



dan.. macam biasa kitorang akan ada sukan antara kolej dimana aku secara tiba-tiba terpilih untuk masuk Bola Keranjang.. haha.. lawak tau tak sebab tak pernah langsung masuk sukan, tambah-tambah lagi ble keranjang.. ketinggian langsung out.. but Alhamdulillah.. kolej kinabalu dapat nombor 3 dalam basket ball wanita. yay!! dapat first medal.. Actually I really not active in sport since in primary school. langsung tak pernah menang apa-apa pingat. Lawak kan.. haha.. sebab masa sekolah dulu aku prefer akademik lagi dari sukan.





Last day of orientation our college got 2nd place for our Sorak Semangat.. Ki.. Na.. Ba.. Lu... kinabalu.. congrats to all Kinabalu's resident.. malam tu juga kitorang sambut birthday 2 orang rakan kitorang.. PM (pemudahcara mahasiswa) buat gimik menjadi kot.. acah-acah marah sampai sorang pelajar tu menangis sebab takut.. aku dah agak dah mesti gimik punya.. untung la dapat sambut birthday macam tu..


My Beautiful UM programme.. 

Kesimpulannya, MHS adalah minggu hilang suara sebab menjerit untuk sorak semangat punya pasal.. semua orang suara jadi serak je.. apa-apa pun, MHS memang best sebab aktiviti dia memang gempak habis.. tahniah semua PM sebab rancang aktiviti yang begitu seronok sekali.. good jobs bro.. 










No comments :

Post a Comment

please be nice here and I will be nice to you..