Mencintai Allah


Assalamualaikum.. InsyaAllah hari ni nak share sedikit ilmu yang aku dapat melalui usrah aku haritu..
Mencintai Allah boleh dibahagi kepada 2 iaitu :

1)secara syari’
2)secara tidak syari’


1)   Secara syarie

Mencintai Allah secara syarie iaitu berandaskan iman dalam diri masing-masing. Benar, kita begitu mudah menyebut bahawa kita cintakan Allah, kita sayangkan Sang Pencipta kita. Tapi adakah benar apa yang kita sering sebutkan tu. Adakah kita sanggup letakkan cinta kita pada manusia dan letakkan cinta kita pada Dia pada tahap yang lebih tinggi.. Tinggi dari segalanya termasuk ego dalam diri kita yang kadang-kadang tinggi melangit.. betul tak?? Put your ego aside.. aku dulu sangat ego.. semua yang aku rasa adalah betul, tapi Allah lebih sayangkan aku.. Dia tarik aku ke jalan ini.. jalan Tarbiah.. jalan ke Syurga Firdausi.. yang telah Dia janjikan untuk umatNya yang benar-benar beriman..

Tanda-tanda cinta kita pada Allah 
  •   Mentaati

Adakah kita benar-benar mentaati perintahNya dan tinggalkan laranganNya? Tepuk dada Tanya iman..
  •  Mengharap

Mengharapkan rahmat dariNya sentiasa. Tidak pernah berputus asa dalam mengharapkan pertolongan dariNya.. berdoalah pada Dia.. mintalah semua yang kau inginkan dari Dia kerana Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui apa yang kita hendaki..
  •  Cemas

Takut untuk berbuat dosa, sentiasa berasa bersalah dan ingin keampunanNya jika berbuat salah. Itu maknanya anda benar-benar mencintaNya sehinggakan anda takut untuk berbuat dosa.. takut akan kemurkaan Allah.. aku pernah rasa, rasa sangat bersalah sebab terlewat solat.. rasa macam azab tu.. masyaAllah.. takut azab tu datang dan aku tak sempat nak bertaubat.. apatah lagi kalau ada yang tinggalkan solat.
  •  Berkorban

Berkorban dari segi masa, harta dan tenaga demi jalan dakwah. Berkorban masa demi mendekatkan diri kita pada Dia..

“Dan diantara mereka (manusia) ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.”
[Al-Baqarah ayat 207]

  •  Kagum

Kagum dengan kekuasaan Allah.. kebesaranNya tiada tandingan.. Jika kita benar-benar mencintaiNya maka kita akan selalu memuji kebesaranNya.. jika kita sukakan sesuatu yang cantik, kita akan memuji benda tersebut.. begitulah kita terhadap kebesaranNya..
  • Sering disebut

Kalau kita ada orang yang kita sayang sudah tentu kita akan sebut 24/7 kan.. sama jika hati kita mencintaiNya.. kita akan sentiasa menyebut namaNya.. walaupun dalam keadaan susah mahupun senang..

2) Secara tidak syarie :

Mencintai Allah secara tidak syarie iaitu berlandaskan nafsu semata-mata. Kita sayangkan Allah tapi pada masa yang sama kita berbuat maksiat. Couple.. satu isu yang sangat-sangat serius bagi umat islam sekarang..
alasannya : aku couple tapi aku tak berzina.. aku tak pegang-pegang tangan dia.. jadi aku tak bersalah..
orang yang macam ni la yang berlandaskan nafsu. Yang menghalalkan sesuatu yang haram.. mohon dijauhkan dari perkara macam ni..

Malah ada yang menggunakan istilah couple islamik bagi menutup kesalahan mereka.. ingat.. tidak pernah wujud istilah macam tu.. nak yang halal.. sila NIKAH...

Kalau  betul kita mencintai Allah maka tinggalkan maksiat yang telah kita lakukan di muka bumi ini.. InsyaAllah kalau kita sayangkan Allah maka Allah akan sayangkan kita.. akan sentiasa mengingati kita..

“kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu.” [Al-Baqarah ayat 152 ]






proramming : how to determine palindrome



What is Palindrome??


so here is a program on how to determine a palindrome word, feel free to use it for your java programming :

import java.util.Scanner;

public class palindrome
{

    public static void main(String[] args) {
        Scanner in = new Scanner(System.in);
        String reverse = ""   ;
        System.out.print("Enter a word: ");
        String word = in.next();
        for (int i = word.length()-1;i>=0;i--){
            reverse = reverse+ word.charAt(i);
         
        }
     
        if (word.equals(reverse)){
            System.out.println("palindrome");}
        else{
            System.out.println("not palindrome");
        }
    }
}


Happy palindrome week!!