HANYA GERHANA BUKAN TERBENAMNYA MATAHARI


Assalamualaikum

Rumusan dibuat daripada buku Al-Muntalaq hasil pena Muhammad Ahmad Al-Rasyid

BAB 2 : HANYA GERHANA BUKAN TERBENAMNYA MATAHARI


    Da’i Islam enggan tunduk kepada penipuan
-       Penipuan boleh diakatakan sebagai fitnah dari musuh-musuh Islam.
-       Lalu, para da’ie mula menyuarakan pendapat mereka, dengan berdakwah ke jalan Allah.
-       Namun segelintir masyarakat masih leka dan tidak mengendahkan paandangan tersebut.
-    Lalu menyebabkan para da’ie mula ragu-ragu terhadap dakwahnya. Namun hakikatnya mereka sedar mereka sudah lakukan yang terbaik.

Da’i tidak boleh meninggalkan tugasnya untuk menyelamatkan manusia
-     Walau sehebat mana pun dugaan yang datang, dikeji atau dihina seorang da’i haruslah bersabar dengan ujian tersebut dan jangan sesekali berputus asa.
-     Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Sentiasa akan ada satu golongan dari umatku yang menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang menentang mereka sehingga datanglah hari kiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka.”
-       Kewujudan angkatan Islam menyempurnakan keseimbangan makhluk, tanpanya goyahlah alam ini.

Wujudnya dakwah Rabbani satu kepastian
-       Walaupun diserang oleh musuh islam dakwah haruslah sentiasa ke depan. Tidak akan putus.
-      Ia umpama matahari,bulan, bintang-bintang, graviti, air dan udara yang membentuk sebahagian dari hukum alam yang telah ditetapkan oleh Allah. Jika tidak, tentulah akan berlaku kiamat.
-   Namun, kenyataan bahawa kewujudan dakwah adalah sebahagian dari sunnatullah hanya dapat dilihat oleh pemilik hati yang salim, sama sebagaimana graviti hanya dapat dilihat oleh orang yang berpelajaran.

Ustaz Hassan al-Hudhaibi berkata :
“Jika matahari mempunyai paksi dan graviti, bumi mempunyai paksi dan beredar di atas orbitnya, maka demikian jugalah manusia mempunyai agama ini. Apabila agama ini hilang dari manusia, akan pincanglah keseimbangan. Sesiapa yang berfikir dengan mendalam pasti dapat melihat lebih jauh dari itu. Dilihatnya alam ini mempunyai rekabentuk dan binaan yang indah dan agama ini adalah sebahagian darinya. Oleh itu, agama ini perlu dihayati oleh sekelompok manusia dalam mana-mana waktu.”

Sesungguhnya Islam telah turun ke bumi pada masa yang ditetapkan
-       Kedatangan Islam telah mengubah corak hidup manusia dimana dari jahiliah keraha manusia yang berpegang kepada prinsip kehidupan yang benar.
-       Tidak kira lah ada yang menolak atau menerima namun kedatangan Islam merupakan satu sejarah yang amat besar belum pernah terjadi di dalam sejarah manusia satu peristiwa atau berita yang meninggalkan kesan dan pengaruh sebagaimana pengaruh dan kesan yang ditinggalkan oleh Islam.


Islam telah membentuk banyak nilai dan tasawwur
-       Islam telah menanam sistem dan kaedah yang berlandaskan syariat dan ketentuan Allah.
-  Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam tidak menyangka bahawa Islam dapat mengubah senario dunia dan mengalih perjalanan sejarah kearah jalan yang ditentukan oleh Allah.
-       Ia juga menghubungkan hati, jiwa dan realiti manusia.

Penerimaan Islam masa kini sama seperti awal kedatangan Islam
-    Umat Islam sekarang tidak memikirkan apa kesan kedatangan Islam sehingga mereka sendiri melihat bahawa keharmonian hidup mereka sebenarnya dating dari Islam itu sendiri.
-       Mereka tidak memikirkan kebenaran yang tersembunyi padanya sehingga mereka tidak memahami ianya adalah salah satu aspek kebenaran yang tersembunyi di binaan alam ini.
-     Umat Islam sekarang tidak mengenali hakikat peranan  mereka dalam Islam dulu, sekarang dan akan datang.
-       Oleh itu, pentingnya dakwah agar masyarakat Islam sekarang sedar akan peranan masing-masing.

Pengasingan Islam umpama gerhana matahari
-       Gerhana matahari adalah sesuatu yang sementara.
-     Begitu juga dengan pengasingan Islam. Mungkin kita akan berkata alam akan rosak tanpa Islam namun ia hanya sementara sepertimana gerhana.
-    Maka begitulah juga sikap orang yang hidup hatinya. Dia faham bahawa penyingkiran Islam dari kekuasaan adalah suatu kejadian dahsyat dan luarbiasa, namun ia tidak bererti tenggelamnya Islam.
-     Wujudnya jemaah yang mendukung al-haq membuktikan bahawa Islam akan kembali semula ke pentas dunia.
-       Oleh itu, mereka yang lari dari Islam akan kembali semula kejalan Allah.

Islam telah mengambil alih tampuk kepimpinan dunia berpandukan al-Quran
-       Al-Quran telah membentuk satu tasawwur baru terhadap umat manusia agar dapat mengenali alam ini , nilai-nilai serta sistem yang berlandaskan Islam.
-  Kemudian berlaku malapetaka penyingkiran Islam dari kehidupan manusia. berlaku perang pemikiran terhadap manusia. manusia yang berfikir secara materialisme.
-       Namun ia tidak mematahkan semangat para da’i untuk membuka semula mata mereka agar mereka sedar bahawa mereka sedang hanyut di serang oleh jahiliah.
-  Sesungguhnya kedatangan Islam mengubah manusia dari menghambakan manusia kepada menghambakan diri kepada Allah. Jika kita taat kepada Allah nescaya kita akan mengikut segala perintah dan menjauhi laranganNya sahaja. Bukannya membuat sesuatu perkara kerana manusia semata-mata.

Akidah Islam memandu manusia ke jalan yang benar
-       Manusia akan menderita, gelisah dan kelam-kabut jika tidak berpegang pada akidah Islam.
-       Sebagai contoh- zina akan berleluasa, akhlak dan moral semakin runtuh tanpa memegang akidah Islam
-   Akidah Islam member jawapan diatas segala masalah yang berlaku di muka bumi ini akibat segelintir masyarakat yang tidak langsung mempedulikan prinsip asas akidah Islam.
-    Oleh itu, akidah Islam adalah asas dan tiang seri kepada Islam, tanpanya manusia akan kembali semula ke alam jahiliah.