MY PROFILE


Assalamualaikum and Hi!!



Mesti ada yang tertanya-tanya sapa dia la Miss1826 ni kan?? Ok la.. Nama aku Nurul Nadia Binti Abdul Halim. Boleh panggil Nadia, Kak Nadia(untuk adik2 yang masih muda tu.. haha) dan Nad. Umur dah 20 tahun (2016) bila dah sampai hari lahir sendiri 26 Julai 2016. 

Kalau ikutkan aku ni dah blogging dari aku form 2 tahun 2010, so dah 6 tahun laaa.. tapi aku x berapa aktif masa SPM tu yang tergendala blog ni sampai berhabuk.. haha..

Pelajar asasi UM 2014/2015 di Pusat Asasi Sains UM.. sekarang dah jadi ex-Pasum dah.. kalau adik-adik dekat luar sana nak tahu serba sedikit pasal PASUM boleh la tanya. Akak akan jawab selagi boleh. kalau nak baca entry pasal PASUM boleh search entry taip je PASUM.

Alhamdulillah dengan result masa final sem PASUM aku berjaya sambung degree dekat UM balik dalam bidang software engineering.. Bukan senang nak belajar engineering ni kalau korang tak minat programming.. sebab aku minat science computer maka terjebaklah aku dalam bidang ni.. ceh...

Cita-cita tak tetap dari kecil sampai sekarang. Nak jadi polis la.. doktor la.. tapi sekarang.. insyaAllah programmer yang berjaya kot.. amiin... kalau boleh aku nak buktikan yang aku mampu buka syarikat sendiri.. insyaAllah...


Ada sorang kawan aku kata muka aku muka poker face. Muka takde perasaan. Memang pun, aku seorang yang tegas dan paling tak suka orang yang tak tepati masa. sangat benci orang yang macam tu. 

Blog aku lebih kepada motivasi dan tip-tip yang bermanfaat disamping aku turut share coding aku untuk programming. Lastly, nak ucapkan terima kasih pada yang sudi baca blog yang tak seberapa ni.. 





No comments :

Post a Comment

please be nice here and I will be nice to you..